Nuffnang Ads

Monday, February 28, 2011

A beautiful memories together at AJL 2010

( bangga seketika :D )
hey hey korang semua :D sihat ? kalau tak sihat ,mana nak bukak blog aku yg cool lagi gempak ni(haha, bangga seketika) okay lah ,dah dah la merepek .kali ni , ingin aku kongsi satu cerita atau story , HAHA , tentang pengalaman aku dan kawan kawan aku masa AJL 24 tahun 2010 :) .okay , korang mesti pernah tengok ''ANUGERAH JUARA LAGU'' ? kalau korang tengok AJL 24 , tahun 2010 , ''AIZAT AMDAN'' yang salah satu artis yang terlibat dalam AJL 24 , dia bawak 2 buah lagu iaitu lagu ''Pergi'' dan ''Kau Aku''.okay kalau kau perasan , masa lagu ''Kau  Aku'' kan ada budak budak sekolah yang menari sekali dengan Aizat , haaa , aku lah salah sorang yang menari dengan Aizat tu , fuuhhh , memang itu pengalaman paling best dan hebat la , menari di depan 10,000 orang penonton di Stadium Bukit Jalil. dan alhamdulillah , kami dapat merangkul anugerah ''Persembahan Terbaik'' dan lagu ''Pergi'' dinobatkan sebagai JUARA!!! :) , memang gembira gila lah masa tu , aku pun melompat lompat macam katak baru dapat kaki extra .HAHA . penat lelah practise dan rehearsal berbaloi juga . and walaupun dah setahun dah berlalu , aku masih lagi dapat rasa pengalaman tu ,memang cukup indah : ) dan aku juga nak ucapkan terima kasih yang amat kepada ''Cikgu Ruby'' yang memberi aku dan kawan2 aku peluang untuk mengambl bahagian dalam AJL 24 ni : ) terima kasih cikgu :)

-haaaa , ni masa rehearsal hari ahad :D
-haaa , masa ni dah lepas umum kan siapa juara , haha , kiteorang semua ambush aizat masa dia tengah buat press conference XD


-bergambar atas pentas ,HAHA , macam amik gambar untuk kelas pulak :D


-ni palak masa show betul punya hari ahad , haaa , nampak tak tu aku .
HAHA


-masa rehearsal petang :) lawa tak baju tu ?

-all the dancers kau aku :D ramai ~ 40 orang :D

-time nak balik :'( , pukul 2 pagi masa ni , hmmm sedih tapi kenangan yg cukup indah.












Kesimpulannya , setiap kenangan indah yang kita lalui haruslah kita sematkan di dalam jiwa kita agar kenangan itu berkekalan dalam diri kita , memang indah pengalaman aku yang ni dan aku pun kadang kadang selalu terfikir ''kan bagus kalau waktu boleh diputarkan'' haha , memang tak la !! XD , hidup mesti diteruskan : ) dengan setiap perkara baru yang hadir dalam hidup kita , haih , KGE :) i'am really miss all of you : )
we have a precious moment together : ) and i will never ever forget our time together at AJL :')

p/s : mengejar mimpi ,yang pasti akan aku, sentiasa merasa kehilangan mu , ku akan tunggu saat bertemu :')

Sunday, February 27, 2011

Cicak ? Cicak ?

hello hello korang :D , okay ,cuba baca tajuk akhbar surat khabar hari ni , berita tentang ''gajah berekor satu ditemui di k.l'' . haaaa , tapi bukan tu yang aku nak bincangkan , cuba baca tajuk blog ni ,''cicak'' :D
haaa , korang mesti pelik and mesti korang cakap ''ek eleh , apa kebenda la pasal cicak'' atau ''-__- ntah pape ntah'' and korang akan gerakkan anak panah kecik tu ke button ''x'' tapi NANTI DULU ! haaa , singgah jap sebab banyak info menarik aku nak share tentang cicak ni , haaa , salah satunya ialah :


1.cicak ni pernah dikomersialkan sebagai salah satu superhero yang gempak lagi cool di kaca t.v plasma rumah anda suatu ketika masa dahulu iaitu ''cicakman''


2. kita selalu dengar kes kes ngeri seperti bunuh orang , haih ! manusia ni , apalah dapat kalau bunuh orang , dapat masuk lokap , dapat dosa adalah , dari kita bunuh orang , baik bunuh cicak , tak masuk lokap,tak dapat dosa , siap dapat pahala lagi tu :D


3.korang tahu tak sejenis haiwan ni namanya ''tokek'' ? tokek ni sebenarnya sejenis cicak juga , tapi dia lain sikit , kira ikut keturunan juga lah  ,maybe bapak dia bugis , mak pure jawa XD haha . and cicak jenis ni ada banyak kat area sabah and sarawak , harga ''tokek''  ni kalau jual , mampu mencecah jutaan ringgit $$ (ching ching , mata encik krab sambil sebut , moneyyyyyyyy ~~ ) sebab tu sekarang ''tokek'' ni menjadi buruan pemburu haram .


4.haaaa , korang yang selalu berangan nak jadi superhero lah , apa lah , cuba buat air kopi , then pura pura letak cicak dalam air tu , mana tahu boleh jadi ''cicakman'' ke ?
HAHA.


okey , berikut aku sediakan lawak tentang cicak :


teka teki 1:


ada dua ekor cicak ni , dia tengah cakap2 , then tiba2 ada bunyi kuat gila babeng ah pastu tiba tiba dua ekor cicak ni jatuh , apasal ?


:sebab ,kan bunyi bising , cicak tu tutup telinga dia , then jatuh .HAHA


teka teki 2


kenapa najis cicak warna hitam putih ?


:sebab masa cicak tu nak minum ar kopi,dia tertelan kapur , sebab tu jadi hitam putih . 0_o


haaaa , begitu je lah serba serbi info merepek lagi bangang dari aku ,HAHA, okay adios :D


p/s:pelik kan tajuk ni ? 0_o aku pun pelik 

Friday, February 25, 2011

5N 2011 :')

hello hello gang ! apa khabar ? jumpa lagi :D . wahhh , setakat ni aku dah ada 7 post .HAHA. bangga tau !
okay , kali ni aku nak cerita kisah pasal kelas aku 5N 2011 :) .hmmm . rasa macam sedih pula nak tinggalkan 5N ,sebab tahun ni final year , off course rasa suka duka bersama tu ada , masa bergelak , bergaduh , bergembira, bersedih and paling best ....GANGBANG !!!!! :D ,semua ada :) hmmm and tahun ni kita semua ada matlamat , satu tujuan dan satu destinasi iaitu SPM !!!!! strike to the victory guys :D buat yang terbaik and termampu kawan kawan :D CAIYOK CAIYOK !. memang banyak kenangan terindah bersama 5N . dari tahun 2010-2011 . lepas ni kalau dah habis sekolah kita semua must keep in touch , walaupun semua dah buat hal masing masing .haaaa , sedihnya :'(  nak tinggalkan korang semua . aku takkan lupa semua kenangan kita kat 5N okay guys : )


:HAHA , class duty , cantik kan ? tapi tak pernah ikut , HAHA . kesian kat akmal yang suruh kita duty :D


:masa st.john diumumkan jadi heritage building,.menggila time ni XD, thanks to brandon for this picture :)


: 1 MALAYSIA (shafiq kacau -.- ) HAHA

:menggila ! XD


:such a precious time together guys :D



well, sudah jadi lumrah kehidupan , patah tumbuh hilang berganti , masa yang menentukan ,kalau kalau ada rezeki kita semua maybe akan reunion and berjumpa semula :') okay , itu lah serba serbi kenangan aku dgn kelas aku . hehe . maybe lepas ni entah jumpa entah tidak , masa yang menentukan :)


p/s : 5N Members :
 azri,asher,brandon,sabransa(monitor),dilraj,stuart,haliqul,ikmal,khairul (me),ong,aiman faris ,harith,jega,sidharta,thasswin,uvandran(chairman),audee,haiqal,daniel,asyraf ,zamil,akram,shazniq,attrash,akmal,joshua,najmuddin,rupaes,ivan,azim,

Thursday, February 24, 2011

CASTING TODAY FOR DISNEY CHANNEL ! :D

hello hello gang ! sihat ? ahhaa , aku harap korang still happy dan ceria selalu : )
okay ! aku nak cerita pengalaman aku hari ni , hari ni hari khamis .
aku dengan crew aku ''QMC'' ! pergi casting dekat kelana jaya untuk ''Disney Channel WAKTU REHAT'' ! yeah man ! XD
best ah ! kena audition , dance semua , aku pun bantai lah , buat shuffle, popping, and b-boy !
fuhhhh ~ penatwooo  memang penat . crew crew aku buat yang terbaik ah ! and kelakar gila hari ni , walau pun byk dugaan mendatang macam tak jumpa tempat la. tunggu lama lah, practise lagi lah, tak tahu nak cakap apa lah .HAHA ! ,walaupun begitu, kami tetap menempuhi nya dengan gigih dan bersatu , HAHA .
okay , korang doakan lah nanti kiteorang terpilih okay : )

:red communications redfilms :D

:with abang farid , ''okay cut ! '' ayat dia best :D HAHA

:yo yo ! haiip !!! with kieran ''waktu rehat'' :D


p/s: ''kau gelakkan aku sekarang, sekarang jugak aku gelakkan kau ''


HAHA !

Tuesday, February 22, 2011

LOOOOOO ~

hello hello ! okay yo , kali ni aku nak share something untuk dikongsi .HAHA. korang pernah dengar tak member kau atau sesapa je cakap ''LO'' ? pernah tak ? haaaa, kalau pernah bagus , tapi kalau yang tak pernah ,korang tanya orang yang dah pernah dengar , hehe .okay lah , ''LO'' ni satu perkataan yang sangat annoying dan kelakar , aku dengan member2 sekelas aku suka sangat cakap benda ni , tak kira waktu apa pun , waktu dalam kelas ke , time exam ke , rehat ke apa ke semua lah . haaa , faham tak ? tak paham !? okay lah , aku tunjuk contoh ,

situasi 1:


meon : bakri bakri ! kau dah siap kerja sekolah ?
bakri : LOOOOO ??? (sambil buat muka annoying)

situasi 2 :


-semasa exam dijalankan-


murid A: LOOO !(cakap dengan kuat)
murid B : shhhhhhh !
murid A: LOOOO !(kuat sikit)
cikgu : eh , kenapa bising tu ?
semua murid : LOOOOOOOOOOOOOO !(kuat gila )

HAHA ,so ,dengan beberapa situasi yang aku bagi tu , korang dah faham kan apa tujuan aku cakap ''LO'' tu.HAHA , tapi aku tak galakkan korang amalkan sebab benda ni menudaratkan bagi korang. tapi kalau rasa2 nak cuba , coba lah : ) haaaaa. okay la , aku pun nak gerak dulu dan cau !


p/s: LOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO ~

Monday, February 21, 2011

Exam ! Ujian ! Exam ! Ujian !

duhhhh =.= , hari ni hari ke-seven ujian ,haih ~ ada lagi 7 hari untuk habis exam , hmmmm.aku mesti akan rindu suasana exam bila aku dah habis sekolah nanti :') (nangis jap....huaaaaa ) .yeah ,tahun ni final year , jadi lepas ni takde lah nak tiru tiru , pandang depan kiri kanan kertas jawapan kawan , baling baling pemadam kat kawan depan and benda wajib yang kita akan buat bila tak tahu jawab soalan ialah , ''TIDUR'' :D .HAHA . semua ni kenangan masa sekolah .yeah , memang dulu masa F1 ,F2 ,F3 ,F4 ,aku rasa menyampah lak kat exam , macam ''aduh !perlu ke exam ? baik aku pergi tebas lalang'' hahahaha , lebih kurang lah , tapi sekarang ,aku dah sedar yang exam tu penting dan exam tu menunjukkan prestasi kita selama kita belajar. hmmmmm. betul ke ? XD
 .so, korang yang rasa menyampah kalau bila time nak exam je ,buang lah sikap tu, nanti bila dah besar,dah kerja , tak ada lagi nak rasa suasana exam ni .hargailah masa korang semasa zaman persekolahan ni sebaik baiknya : ) ingat , zaman paling manis dalam hodup korang adalah pada zaman persekolahan : )



p/s: ada satu ujian ni , ujian ni best gila sebab masa kita buat , ada cikgu tu siap duduk sebelah lagi . haaaa .ujian apa ?

=ujian memandu =D

? CREW

okay semua :D selamat kembali dalam blog ini , haaaaa,korang mesti tertanya tanya dan excited gila tahap gaban  apa yang aku nak bagitahu ni.haaaaa , cuba korang baca tajuk di atas , ? crew tu singkatan untuk crew dance aku ,jeng jeng jeng ! ''Question Mark Crew'' :D haha .Okay , sejarah QMC ni macam ni, Pada tanggal ''something disember 2010'' maka, lahirlah crew dance yang bernama QMC :D .QMC ni ada 9 orang crew , dan aku salah satunya. aku dalam crew ni sebagai ''choreographer''.bukan nak bangga , tapi aku rasa cara choreographi aku pun masih belum perfect dan masih banyak yang perlu diperbaiki .QMC pernah memasuki beberapa competition anjuran rakan muda. memang banyak pengalaman aku dapat sepanjang dalam QMC ni .dan aku sayang sangat kat crew ni .hehe. .ohh yaa, aku bercita cita sangat nak masuk satu rancangan realiti t.v ni, iaitu ''SHOWDOWN'' yeah !! korang doakan aku ye supaya aku dan crew aku dapat masuk showdown tahun depan : )


p/s: kiteorang nak buat show hari guru nanti , XD
HAHA

Sunday, February 20, 2011

02012011 :)


NFA <3 

INTERLOK !

apa itu INTERLOK ?haha ,interlok tu bukan sejenis kuih ataupun nasi lemak ,sebenarnya interlok tu buku form 5 yang akan digunakan untuk SPM tahun 2011 menggantikan buku ''KONSERTO TERAKHIR''
Buku INTERLOK karya Abdullah Hussain , berjaya juga aku habiskan baca buku ni,pukul 8.30 malam semalam . , huh , berbagai bagai dugaan aku tempuhi untuk menghabiskan buku ini ,buku ni pada aku memang best :D
terbaik dari kebun getah !(sekarang getah dah naik harga O: )
memang ada timbul kontroversi perkauman pasal buku ni , tapi ,itu bukan jadi penghalang untuk aku tidak membaca buku ini .Dan hasilnya begitu memberangsangkan ,aku dapati buku ni memang best , ada unsur perpaduan antara 3 bangsa.So, lepas ni kalau korang nak tanya aku soalan pasal interlok , tanya lah :D


p/s: cuba korang bukak page 427 :O mengejutkan !

Hey Hey : ) welcome now : )

HELLO world ! wah , aku dah ada blog(muka bangga) , well, standard lah , kalau first post , mesti kena introduce myself , haih , macam dah first day time masuk sekolah pulak , nak kena kenal kenalkan diri , HAHA . aku kenal kan je lah , okay . nama aku muhammad khairul anuar : ) umur tahun ni 17 , Smk.St.John : )
okay , rasanya itu je la kot yang korang perlu tahu ,HAHA . insyaallah aku akan cuba update blog ni .aku pun ada banyak benda best dan cerita cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama .hehe .CALO BETE cau !




p/s*(sorry kalau blog ni tak menarik,yelah , baru first post ,bak kata pepatah, buah cempelak di luar pagar , ambil galah tolong jolokkan , saya budak baru belajar,kalau salah , maaflah XD)