Nuffnang Ads

Friday, November 18, 2011

SPM ! owner nak berperang !

assalamualaikum :) lama dah tak post :) busy lah :) insyaallah lepas spm . aku akan bergiat aktif semula and akan  post benda benda yang sumpah MENARIK dan sumpah BEST :) saksikan dan nantikan eh :)


***************** PAGE IS UNDER CONSTRUCTION ***************************

p/s : doakan aku spm :)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya :)

Alhamdulillah :) sahur sudah , berbuka sudah , tarawikh sudah , bersabar sudah ,menahan nafsu makan sudah,  berbuat kebaikan pun sudah , soooo , kesemua 'sudah' ini adalah perkara yang kita lakukan ketika kita menghdapi ibadah puasa selama sebulan di bulan Ogos :) HAHA . di bulan Ramadhan lah :D
apalah korang ! saja ~
aku tak tahu kenapa bila aku dengar lagu raya yang feeling feeling (ceh ! jiwang siot ! )
aku rasa sebak :( entah lah , raya aku tahun ni sangat berbeza , yelah , tahun yang sudah , aku beraya dengan embah aku (atuk aku ) tapi sekarang dia sudah pergi :(  tapi nak buat macam mana , setiap yang hidup pasti akan pergi juga .
eh sudah sudah ! okay okay . masuk tahun ni , dah 2 tahun aku raya pertama dekat k.l . lepas sembahyang raya baru berlepas ke kampung halaman ku . HAHA! tapi kan , aku nak cerita , bila raya pertama , aku nak sembahyang raya kat masjid jamek , mak aihhh ~ banyak nya orang orang luar , maksud aku , orang in-dont , bang-lah-dash ,dan yang sewaktu dengannya . :D tapi takpa , aku sembahyang lah jugak :)
well , esok aku akan pulang ke kampung halaman , harap doakan aku dan keluarga aku selamat tiba ke destinasi , pandu dengan berhati hati di jalan raya :)
                                                               
                                                                                   AND
              SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN :) 


ikhlas dari : khairul anuar :)

Thursday, July 28, 2011

ALL THE BEST and GOODLUCK HARIMAU MALAYA !

woot woot* tak sabar nak tengok MLAYSIA lwn SINGAPORE ! BOOO singapore !! HAHA . jangan gaduh gaduh :) jadikan ia sebagai saingan yang sihat .
well , teruskan berjuang HARIMAU MALAYA , bawa MALAYSIA ke arena bola di persada dunia :D

kasi masuk 3 gol safeeeeee ! :D



*TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !

Sunday, July 24, 2011

NFA you're always in my heart :')

Menatap indahnya senyuman diwajahmu 
Membuat ku terdiam dan terpaku 
Mengerti akan hadirnya cinta terindah 
Saat kau peluk mesra tubuhku 

Banyak kata 
Yang tak mampu kuungkapkan 
Kepada dirimu 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Sepanjang hidupku 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Meski waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tau 
Kuslalu milikmu 
Yang mencintaimu 
Sepanjang hidupku 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Meski waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tau 
Kuslalu milikmu 
Yang mencintaimu'


sayang :'( 

Tuesday, July 19, 2011

cerpen :D

‘’Barisan putra setia menuju puncak jaya’’  setiap hari isnin dan jumaat ,aku dan kawan kawan aku pasti menyanyikan lagu sekolah ini. Baris keramat lirik lagu ini cukup membawa banyak erti pada aku dan kawan kawan aku. Walaupun hari ini sudah genap 5 tahun aku meninggalkan alam persekolahan,masih terngiang ngiang lagi lagu ini di ceruk telinga aku dan aku masih dapat merasai betapa manisnya alam persekolahan itu dan pengalaman menjadi seorang pelajar sekolah menengah. Banyak juga pengalaman yang aku perolehi sepanjang  5 tahun aku di alam sekolah menengah. Manis,pahit,gembira ,suka ,duka semuanya ada.Dan ……….
*RINGGGGGGGGGGGGGG !

‘’Johannian,you can wait for your form supervisor to dismissed you’’ suara pengawas percubaan memberi arahan pada semua johannian agar bersiap sedia untuk ke kelas.
‘’Baiklah,semua duduk’’arah Cikgu zhan,penyelia tingkatan 5. Cikgu zhan berbangsa cina. Usianya dalam lingkungan 30-an. Sangat tegas tetapi baik hati.
‘’aduh !apa lagi ni ? malas lah nak dengar’’bebel aliff sendirian.
‘’sabar lah ,kau ni pun.Mana lah tahu cikgu zhan ada benda nak beritahu’’sambung aku untuk menenangkannya.
‘’Baiklah,saya cuma mahu  pinjam masa kamu lima minit sahaja.5N kelas kamu kotor ,kerusi tidak di susun dengan betul.Awak jugak berkampung ya di dalam kelas.Dan ada juga yang tidak turun semasa rehat’’
Macam tu lah.Boleh dikatakan kelas aku 5N ni kelas yang banyak kali jugak lah ditegur oleh Cikgu Zhan ni.Memang lah tak suka bila dimarah,tapi jika difikirkan memang patut pun dimarah sebab tak jaga kelas dengan betul.Aku hanya diam dan mendengar saja teguran Cikgu Zhan,kawan kawan aku yang lain aku lihat sudah mula menunjukkan riak muka kebosanan.Barangkali sudah penat mendengar dan tidak sabar untuk masuk ke kelas agaknya.
‘’Alamak! Khairul Khairul ! Cikgu Rasylan lah,habislah aku, dah lah rambut aku ni panjang’’ ujar alif dengan nada yang cemas.
‘’Aku pun sama juga ni,jom lari nak ?’’ balas aku .
‘’Hei kamu tu hendak ke mana? Mari ke sini !’’ nada Cikgu Rasylan sangat kuat,jeritannya sudah mampu menggegarkan satu sekolah ini.Siapa yang tidak kenal dengan guru disiplin itu.Orangnya tegas.Badannya tegap.Sesiapa yang bertentangan mata dengannya pasti gerun.
‘’Bang,nak ke mana?’’
‘’errrrr, tak ada cikgu,nak pergi ke tandas’’
‘’tali leher mana bang?’’
‘’tak bawak?! aduh! kalau mata awak tu boleh cabut,agaknya tertinggal juga ya?haaa ni rambut panjang ni  kenapa tak potong?’’
‘’esok saya potong cikgu’’
‘’tak apa ,biar saya potongkan’’
Cikgu Rasylan segera mengeluarkan gunting dari poket kirinya.Sudah menjadi kebiasaannya untuk membawa gunting dengannya supaya senang menghukum pelajar yang berambut panjang.
‘’Fuhhhhhhhh! kau Nampak tak tadi?Nasib baik kita tak lari lagi kan’’
‘’Ha’ah wei, menggigil aku tengok azri dengan ares kena tadi’’
‘’Eh ,mana cikgu Lara ni?sekarang bukan maths ke?’’soal aku pada aliff.Kebiasaannya ,Cikgu Lara akan sampai ke kelas awal sebelum kami masuk ke kelas.Berlainan pula hari ini.Kira kira 10 minit juga kami menanti kehadiran Cikgu Lara.
‘’Wei Uvandran!pergi lah cari cikgu’’ jerit Zamil Aufa.
‘’Sabar lah hei ! Tau Fu Fa ! kejap lah’’ balas uvandran mengejek.Uvandran adalah chairman kelas kami.Longhat indianya ketika bercakap cukup menggelikan hati kami.Kadang kadang dia juga sering dibuli oleh kami kerana perangainya yang menyakitkan tetapi menggembirakan kami satu kelas.
‘’wei relief Cikgu Lara tak datang’’ jerit sabran monitor  kelas sejurus saja dia masuk ke kelas.
‘’YEAHHHHHHHHHH !’’ Satu kelas menjerit gembira.Kerana pada masa rehat dan relief  sahajalah aku dan kawan kawan sekelas aku dapat berkumpul dan meluangkan masa berceritakan perkara yang menarik untuk dikongsikan.Kebetulan juga tiada guru ganti yang masuk ke kelas , jadi kami bebas melakukan apa sahaja .Ada yang bersantai di tepi koridor melihat pemain ragbi berlatih, ada yang lebih senang meletakkan kepala di atas meja dan tidur ,ada yang mendiamkan diri seperti kera sumbang, ada juga yang bersembang sakan.Aku hanya tersenyum sendirian melihatkan gelagat kawan kawan aku.Aku perlu mengisi momen momen manis kerana tahun ini adalah tahun terakhir aku dan aku bakal menduduki peperiksaan SPM kurang dalam masa 2 bulan lagi.Sebagai pelajar dan sebagai seorang anak juga aku harus belajar demi memastikan kehidupan aku terjamin pada masa akan datang bak kata pepatah sediakan paying sebelum hujan …..

‘’ayah ayah ‘’
‘’mengapa ni?’’
‘’mia gaduh dengan kawan di sekolah , dia taknak cakap dengan mia’’
‘’mia minta maaf lah, bertolak ansur,tak baik bergaduh ni, merenggangkan tali persahabatan saja,sudah pergi pada mama sana’’ tegur aku sebagai ayah yang bertanggungjawab ,
Aku tahu tugas aku sebagai ketua keluarga begitu besar peranannya,aku harus mendidik anak aku dengan penuh rasa kasih sayang,bak kata pepatah ,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Aku tidak mahu kesilapan yang aku lakukan dulu berulang pada anak aku. Teringat pula semasa alam persekolahan. Dalam setiap tali persahabatan,sudah pasti ada salah faham yang berlaku antara kawan dan mungkin mengakibatkan pergaduhan, walaupun hanya kerana perkara kecil.Manusia ,tidak pernah lari dari kesilapan . Termasuk juga aku, merasai pengalaman bergaduh dengan kawan sekelas ..….

‘’sudah lah kau dengan perangai ego kau tu tak ke mana pun’’
‘’aku tak kisah kau nak cakap apa pun’’
‘’ehhh , sudah lah tu korang kan kawan baik , kenapa gaduh ni’’brandon cuba meleraikan pergaduhan antara aku dan arman.
‘’kawan baik aku tak akan block aku lah!’’ sindir arman
‘’kau tu yang merepek’’balas aku dengan nada yang tinggi
Geram sungguh aku dengan Arman, perangainya yang tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Kebudak budakkan . Hendak saja aku menumbuknya. Tapi apabila mengenangkan bahawa dia masih lagi kawan aku dan aku takut demerit , aku pun membatalkan hasrat aku.  
‘’Bangun semua ! Selamat Pagi Cikgu Ren !’’
‘’Selamat Pagi Cikgu Ren’’ sahut kami satu kelas.
‘’Selamat Pagi,baiklah keluarkan  Example Book . Shazniq bangun , jangan steam saja . Tangan buat apa usik usik bawah , letak atas meja . ‘’usik cikgu Ren.
Cikgu Ren merupakan guru Addmath. Dia seorang guru yang bagi aku sangat berbakat dalam bidang addmath , cara dia mengajar memang dapat difahami oleh sesiapa yang mengikuti pelajarannya , memasukkan sedikit lawak dalam pelajarannya ,setiap murid pasti akan berasa seronok dengan kelas Cikgu Ren. Sebab itu lah jika cikgu Ren mengadakan kelas tambahan, pasti akan penuh kerana mereka suka dengan cara cikgu ren mengajar.Habis sahaja kelas matematik tambahan, aku perlu ke makmal computer. Cikgu Mas berpesan pada aku tadi bahawa dia ingin berjumpa dengan aku dan Arman. Haih , entah apa yang hendak dicakapkan. Pentingkah ? Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku ketika itu.
‘’Selamat Tengah Hari cikgu’’ serentak aku dan arman memberi salam
‘’Ya  Selamat Tengah Hari’’ balas cikgu mas.
‘’Cikgu panggil kamu berdua ke mari sebab cikgu ingin membincangkan keputusan akademik kamu. Arman lemah dalam Fizik. Khairul pula lemah dalam Matematik Tambahan. Cikgu mahu kamu berdua saling bantu sesama sendiri.Dan cikgu sudah buat system baru iaitu system buddy .Maknanya, arman kena bantu khairul dan khairul perlu bantu arman.Jadi keputusan peperiksaan kamu akan lebih baik.Boleh?’’ terang cikgu mas tentang tujuannya memanggil akudan arman ke mari.
Aku dan Arman berpandangan. Aku melemparkan pandangan yang kelat padanya. Hendak saja aku membangkang cadangan cikgu mas itu. Tapi sebagai murid yang bertanggungjawab , aku ikutkan saja walaupun aku sedang bergaduh dengan arman.
‘’Baiklah , esok saya mahu awak di perpustakaan belajar sama sama. Baiklah awak boleh balik sekarang’’  arah cikgu mas.
Berseloroh jantung aku mendengar arahan cikgu mas. Tidak mungkin aku akan belajar dengan Arman , memandangkan aku dengan dia masih bertegang leher lagi. Malam itu , usai sahaja aku balik dari kelas tambahan, aku terus baring. Rasa penat tidak terkata , sejak akhir akhir ini aku sibuk mengikuti kelas tambahan yang diamjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak luar. Maklumlah peperiksaan SPM sudah hampir tiba, aku mesti belajar dengan tekun agar tidak meyesal di kemudian hari nanti, biarlah aku berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu bersennag senag kemudian. Aku terlelap di hadapan komputer riba aku.
Keesokan harinya. Balik sahaja dari sekolah aku terus ke perpustakaan. Sudah aku duga ,Arman tidak ada di situ, aku masuk dan terus mengambil tempat duduk. Selang 5 minit kemudian,Arman datang beriringan dengan cikgu Mas.
‘’Awal sampai’’ sengaja aku menyindir arman.
‘’khairul, cikgu yang suruh arman tolong cikgu tadi,bukan salah dia’’beritahu cikgu mas.
‘’haihhhhh ‘’ arman memandang aku dengan senyuman sinis mengejek aku.
Arman mengambil tempat di sebelah aku. Walaupun aku tidak selesa , namun aku membiasakan juga. Dahulu pun kami selalu duduk bersebelahan. Mungkin kerana sudah lama tidak bertegur, timbul suasana kurang selesa antara kami. Sedang aku menulis nota, tiba tiba Arman menegur aku,
‘’Eh khairul, kenapa kau tulis pakai banyak banyak warna?’’tanya arman.
‘’oh, warna ni boleh merangsang otak’’ jawab aku
‘’tetapi memandangkan kau ni tak ada otak , kau tak boleh merangsang.HAHA’’ sambung aku .
‘’cis ! tak guna kau’’ balas aiman marah tetapi gelak.
Kami bergelak ketawa di situ. Hanya tinggal satu minggu lagi sebelum peperiksaan SPM bermula , perasaan takut mula menyelubungi diri aku.  Setiap usahan yang aku lakukan aku iringi dengan doa ,sekarang terpulang pada ALLAH untuk menentukan samada aku berjaya atau tidak di dewan peperiksaan nanti. Namun, dengan berbekalkan segunung azam aku yakin aku pasti boleh……

3 BULAN BERLALU
Balik sahaja aku dari PLKN , keesokan harinya aku akan terus mengambil keputusan SPM. Perasaan takut dan berdebar menghantui diri aku. Sepanjang malam aku beroda agar aku mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan rakan rakan aku dan guru guru aku.
Keesokan paginya , aku terus bersiap untuk  ke sekolah mengambi keputusan SPM. Masuk sahaja aku ke dewan besar, aku lihat ramai kawan aku yang lain. Lain sungguh penampilan mereka. Ada yang sudah berkerja, ada yang masih menganggur dan ada juga yang baru balik dari melancong. Tiba sahaja Pengetua mengumumkan keputusan. Jantung aku mula berdebar,adakah aku akan mendapat keputusan yang cemerlang ?
‘’abang , mari masuk makan malam’’ panggil seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an
‘’baiklah, abang datang’’
‘’mia makan sekali’’ panggil aku
‘’baik ayah’’
Saat aku duduk di meja makan. Memandang anak dan isteriku ,teringat pula zaman persekolahan. Tak dapat aku lupakan bagaimana aku melompat gembira naik ke atas pentas saat nama aku diumumkan oleh pengetua sebagai salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Gembira bukan kepalang lagi. Dan waktu ketika aku di sekolah ,suasana ketika belajar di dalam kelas, bercakap dengan kawan kawan kelas aku dan guru guru yang mengajar aku sungguh aku rindui saat itu. Berkahwin, mempunyai anak , pertemuan dan perpisahan, itu semua boleh terjadi berkali kali. Tetapi alam persekolahan datang hanya sekali. Tidak kira walau hebat atau tidak, itulah memori pahit dan manis yang akan kekal buat selama-lamanya …

*RINGGGG *RINGGGGG
KELAS TAMAT , BERSURAI

Wednesday, July 13, 2011

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

hey korang . check it out , semalam aku try check dekat laman web khidmat negara . guess what ? aku terpilih untuk ke PLKN :D yeahhh ! mesti best ni . haha . bertuah gila aku .

doakan aku dapat kat sabah eh :)

Saturday, July 02, 2011

kotak mainan kenangan zaman kegemilangan masa kecik kecik dulu :D

ehemmm ehemmm :) lama tak update blog . ini semua B punya pasal lah -.- nak tahu B tu apa ? ''BUSY'' .haaaa . tanpa buang masa , aku nak menerbalikkan eh silap, mengembalikan nos-tal-gia zaman masa aku kecik kecik dulu . okayyy , korang pernah dengar tak mainan dalam kotak ? alaaaa , macam ''DING DANG'' ''TORA'' or ''JOJO'' 0.o pelik kan ? HAHA . aku pun pelik , sedap lagi nama aku kalau nak dibandingkan dengan nama kotak mainan ni ,. HAHA . kidding je . kalau korang ni biasa melepet depan t.v je , mesti korang pernah nampak iklan kotak mainan ni , contohnya ''TORA DATANG LAGI ... DENGAN TALI PINGGANG BERLUBANG'' haaa , lebih kurang lah , pastu ada budak budak main mainan tu .HAHA. well , zaman dah berubah , mana ada lagi budak budak beli supermarket mintak''amoi , tora ada tak ?'' jarang punya , budak budak nowdays paling tak pun pegang PSP , FIXIE , paling sengkek pun i-phone 0.o .wuishhhh . tapi kalau difikirkan itu semua kenangan , tak ada dulu , takkan wujud sekarang :D

mainan ni paling murah ah , RM 1.00 kalau tak silap aku , dalam dia mainan kecik yang kecik and biskut bola coklat yang rasa coklat.

haaaa , ni lagi murah , 50 sen kot , kalau korang tengok maskot dia ni macam doraemon , tapi versi malaysia punya lah . HAHA

haaa , yang ni pulak jojo , aku tak faham betul , mana lah dia dapat nama untuk mainan ni ,haha , banyak banyak kotak mainan , ni lah yang paling mahal , sebab besar , harga dia RM 2.00 .kira ni lagi UP lah dari ding dang dgn taro :D



p/s : kotak mainan ni kalau difikirkan best jugak sebab ada surprise dalam dia ,