Nuffnang Ads

Friday, November 18, 2011

SPM ! owner nak berperang !

assalamualaikum :) lama dah tak post :) busy lah :) insyaallah lepas spm . aku akan bergiat aktif semula and akan  post benda benda yang sumpah MENARIK dan sumpah BEST :) saksikan dan nantikan eh :)


***************** PAGE IS UNDER CONSTRUCTION ***************************

p/s : doakan aku spm :)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya :)

Alhamdulillah :) sahur sudah , berbuka sudah , tarawikh sudah , bersabar sudah ,menahan nafsu makan sudah,  berbuat kebaikan pun sudah , soooo , kesemua 'sudah' ini adalah perkara yang kita lakukan ketika kita menghdapi ibadah puasa selama sebulan di bulan Ogos :) HAHA . di bulan Ramadhan lah :D
apalah korang ! saja ~
aku tak tahu kenapa bila aku dengar lagu raya yang feeling feeling (ceh ! jiwang siot ! )
aku rasa sebak :( entah lah , raya aku tahun ni sangat berbeza , yelah , tahun yang sudah , aku beraya dengan embah aku (atuk aku ) tapi sekarang dia sudah pergi :(  tapi nak buat macam mana , setiap yang hidup pasti akan pergi juga .
eh sudah sudah ! okay okay . masuk tahun ni , dah 2 tahun aku raya pertama dekat k.l . lepas sembahyang raya baru berlepas ke kampung halaman ku . HAHA! tapi kan , aku nak cerita , bila raya pertama , aku nak sembahyang raya kat masjid jamek , mak aihhh ~ banyak nya orang orang luar , maksud aku , orang in-dont , bang-lah-dash ,dan yang sewaktu dengannya . :D tapi takpa , aku sembahyang lah jugak :)
well , esok aku akan pulang ke kampung halaman , harap doakan aku dan keluarga aku selamat tiba ke destinasi , pandu dengan berhati hati di jalan raya :)
                                                               
                                                                                   AND
              SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN :) 


ikhlas dari : khairul anuar :)

Thursday, July 28, 2011

ALL THE BEST and GOODLUCK HARIMAU MALAYA !

woot woot* tak sabar nak tengok MLAYSIA lwn SINGAPORE ! BOOO singapore !! HAHA . jangan gaduh gaduh :) jadikan ia sebagai saingan yang sihat .
well , teruskan berjuang HARIMAU MALAYA , bawa MALAYSIA ke arena bola di persada dunia :D

kasi masuk 3 gol safeeeeee ! :D



*TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !

Sunday, July 24, 2011

NFA you're always in my heart :')

Menatap indahnya senyuman diwajahmu 
Membuat ku terdiam dan terpaku 
Mengerti akan hadirnya cinta terindah 
Saat kau peluk mesra tubuhku 

Banyak kata 
Yang tak mampu kuungkapkan 
Kepada dirimu 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Sepanjang hidupku 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Meski waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tau 
Kuslalu milikmu 
Yang mencintaimu 
Sepanjang hidupku 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Meski waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tau 
Kuslalu milikmu 
Yang mencintaimu'


sayang :'( 

Tuesday, July 19, 2011

cerpen :D

‘’Barisan putra setia menuju puncak jaya’’  setiap hari isnin dan jumaat ,aku dan kawan kawan aku pasti menyanyikan lagu sekolah ini. Baris keramat lirik lagu ini cukup membawa banyak erti pada aku dan kawan kawan aku. Walaupun hari ini sudah genap 5 tahun aku meninggalkan alam persekolahan,masih terngiang ngiang lagi lagu ini di ceruk telinga aku dan aku masih dapat merasai betapa manisnya alam persekolahan itu dan pengalaman menjadi seorang pelajar sekolah menengah. Banyak juga pengalaman yang aku perolehi sepanjang  5 tahun aku di alam sekolah menengah. Manis,pahit,gembira ,suka ,duka semuanya ada.Dan ……….
*RINGGGGGGGGGGGGGG !

‘’Johannian,you can wait for your form supervisor to dismissed you’’ suara pengawas percubaan memberi arahan pada semua johannian agar bersiap sedia untuk ke kelas.
‘’Baiklah,semua duduk’’arah Cikgu zhan,penyelia tingkatan 5. Cikgu zhan berbangsa cina. Usianya dalam lingkungan 30-an. Sangat tegas tetapi baik hati.
‘’aduh !apa lagi ni ? malas lah nak dengar’’bebel aliff sendirian.
‘’sabar lah ,kau ni pun.Mana lah tahu cikgu zhan ada benda nak beritahu’’sambung aku untuk menenangkannya.
‘’Baiklah,saya cuma mahu  pinjam masa kamu lima minit sahaja.5N kelas kamu kotor ,kerusi tidak di susun dengan betul.Awak jugak berkampung ya di dalam kelas.Dan ada juga yang tidak turun semasa rehat’’
Macam tu lah.Boleh dikatakan kelas aku 5N ni kelas yang banyak kali jugak lah ditegur oleh Cikgu Zhan ni.Memang lah tak suka bila dimarah,tapi jika difikirkan memang patut pun dimarah sebab tak jaga kelas dengan betul.Aku hanya diam dan mendengar saja teguran Cikgu Zhan,kawan kawan aku yang lain aku lihat sudah mula menunjukkan riak muka kebosanan.Barangkali sudah penat mendengar dan tidak sabar untuk masuk ke kelas agaknya.
‘’Alamak! Khairul Khairul ! Cikgu Rasylan lah,habislah aku, dah lah rambut aku ni panjang’’ ujar alif dengan nada yang cemas.
‘’Aku pun sama juga ni,jom lari nak ?’’ balas aku .
‘’Hei kamu tu hendak ke mana? Mari ke sini !’’ nada Cikgu Rasylan sangat kuat,jeritannya sudah mampu menggegarkan satu sekolah ini.Siapa yang tidak kenal dengan guru disiplin itu.Orangnya tegas.Badannya tegap.Sesiapa yang bertentangan mata dengannya pasti gerun.
‘’Bang,nak ke mana?’’
‘’errrrr, tak ada cikgu,nak pergi ke tandas’’
‘’tali leher mana bang?’’
‘’tak bawak?! aduh! kalau mata awak tu boleh cabut,agaknya tertinggal juga ya?haaa ni rambut panjang ni  kenapa tak potong?’’
‘’esok saya potong cikgu’’
‘’tak apa ,biar saya potongkan’’
Cikgu Rasylan segera mengeluarkan gunting dari poket kirinya.Sudah menjadi kebiasaannya untuk membawa gunting dengannya supaya senang menghukum pelajar yang berambut panjang.
‘’Fuhhhhhhhh! kau Nampak tak tadi?Nasib baik kita tak lari lagi kan’’
‘’Ha’ah wei, menggigil aku tengok azri dengan ares kena tadi’’
‘’Eh ,mana cikgu Lara ni?sekarang bukan maths ke?’’soal aku pada aliff.Kebiasaannya ,Cikgu Lara akan sampai ke kelas awal sebelum kami masuk ke kelas.Berlainan pula hari ini.Kira kira 10 minit juga kami menanti kehadiran Cikgu Lara.
‘’Wei Uvandran!pergi lah cari cikgu’’ jerit Zamil Aufa.
‘’Sabar lah hei ! Tau Fu Fa ! kejap lah’’ balas uvandran mengejek.Uvandran adalah chairman kelas kami.Longhat indianya ketika bercakap cukup menggelikan hati kami.Kadang kadang dia juga sering dibuli oleh kami kerana perangainya yang menyakitkan tetapi menggembirakan kami satu kelas.
‘’wei relief Cikgu Lara tak datang’’ jerit sabran monitor  kelas sejurus saja dia masuk ke kelas.
‘’YEAHHHHHHHHHH !’’ Satu kelas menjerit gembira.Kerana pada masa rehat dan relief  sahajalah aku dan kawan kawan sekelas aku dapat berkumpul dan meluangkan masa berceritakan perkara yang menarik untuk dikongsikan.Kebetulan juga tiada guru ganti yang masuk ke kelas , jadi kami bebas melakukan apa sahaja .Ada yang bersantai di tepi koridor melihat pemain ragbi berlatih, ada yang lebih senang meletakkan kepala di atas meja dan tidur ,ada yang mendiamkan diri seperti kera sumbang, ada juga yang bersembang sakan.Aku hanya tersenyum sendirian melihatkan gelagat kawan kawan aku.Aku perlu mengisi momen momen manis kerana tahun ini adalah tahun terakhir aku dan aku bakal menduduki peperiksaan SPM kurang dalam masa 2 bulan lagi.Sebagai pelajar dan sebagai seorang anak juga aku harus belajar demi memastikan kehidupan aku terjamin pada masa akan datang bak kata pepatah sediakan paying sebelum hujan …..

‘’ayah ayah ‘’
‘’mengapa ni?’’
‘’mia gaduh dengan kawan di sekolah , dia taknak cakap dengan mia’’
‘’mia minta maaf lah, bertolak ansur,tak baik bergaduh ni, merenggangkan tali persahabatan saja,sudah pergi pada mama sana’’ tegur aku sebagai ayah yang bertanggungjawab ,
Aku tahu tugas aku sebagai ketua keluarga begitu besar peranannya,aku harus mendidik anak aku dengan penuh rasa kasih sayang,bak kata pepatah ,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Aku tidak mahu kesilapan yang aku lakukan dulu berulang pada anak aku. Teringat pula semasa alam persekolahan. Dalam setiap tali persahabatan,sudah pasti ada salah faham yang berlaku antara kawan dan mungkin mengakibatkan pergaduhan, walaupun hanya kerana perkara kecil.Manusia ,tidak pernah lari dari kesilapan . Termasuk juga aku, merasai pengalaman bergaduh dengan kawan sekelas ..….

‘’sudah lah kau dengan perangai ego kau tu tak ke mana pun’’
‘’aku tak kisah kau nak cakap apa pun’’
‘’ehhh , sudah lah tu korang kan kawan baik , kenapa gaduh ni’’brandon cuba meleraikan pergaduhan antara aku dan arman.
‘’kawan baik aku tak akan block aku lah!’’ sindir arman
‘’kau tu yang merepek’’balas aku dengan nada yang tinggi
Geram sungguh aku dengan Arman, perangainya yang tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Kebudak budakkan . Hendak saja aku menumbuknya. Tapi apabila mengenangkan bahawa dia masih lagi kawan aku dan aku takut demerit , aku pun membatalkan hasrat aku.  
‘’Bangun semua ! Selamat Pagi Cikgu Ren !’’
‘’Selamat Pagi Cikgu Ren’’ sahut kami satu kelas.
‘’Selamat Pagi,baiklah keluarkan  Example Book . Shazniq bangun , jangan steam saja . Tangan buat apa usik usik bawah , letak atas meja . ‘’usik cikgu Ren.
Cikgu Ren merupakan guru Addmath. Dia seorang guru yang bagi aku sangat berbakat dalam bidang addmath , cara dia mengajar memang dapat difahami oleh sesiapa yang mengikuti pelajarannya , memasukkan sedikit lawak dalam pelajarannya ,setiap murid pasti akan berasa seronok dengan kelas Cikgu Ren. Sebab itu lah jika cikgu Ren mengadakan kelas tambahan, pasti akan penuh kerana mereka suka dengan cara cikgu ren mengajar.Habis sahaja kelas matematik tambahan, aku perlu ke makmal computer. Cikgu Mas berpesan pada aku tadi bahawa dia ingin berjumpa dengan aku dan Arman. Haih , entah apa yang hendak dicakapkan. Pentingkah ? Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku ketika itu.
‘’Selamat Tengah Hari cikgu’’ serentak aku dan arman memberi salam
‘’Ya  Selamat Tengah Hari’’ balas cikgu mas.
‘’Cikgu panggil kamu berdua ke mari sebab cikgu ingin membincangkan keputusan akademik kamu. Arman lemah dalam Fizik. Khairul pula lemah dalam Matematik Tambahan. Cikgu mahu kamu berdua saling bantu sesama sendiri.Dan cikgu sudah buat system baru iaitu system buddy .Maknanya, arman kena bantu khairul dan khairul perlu bantu arman.Jadi keputusan peperiksaan kamu akan lebih baik.Boleh?’’ terang cikgu mas tentang tujuannya memanggil akudan arman ke mari.
Aku dan Arman berpandangan. Aku melemparkan pandangan yang kelat padanya. Hendak saja aku membangkang cadangan cikgu mas itu. Tapi sebagai murid yang bertanggungjawab , aku ikutkan saja walaupun aku sedang bergaduh dengan arman.
‘’Baiklah , esok saya mahu awak di perpustakaan belajar sama sama. Baiklah awak boleh balik sekarang’’  arah cikgu mas.
Berseloroh jantung aku mendengar arahan cikgu mas. Tidak mungkin aku akan belajar dengan Arman , memandangkan aku dengan dia masih bertegang leher lagi. Malam itu , usai sahaja aku balik dari kelas tambahan, aku terus baring. Rasa penat tidak terkata , sejak akhir akhir ini aku sibuk mengikuti kelas tambahan yang diamjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak luar. Maklumlah peperiksaan SPM sudah hampir tiba, aku mesti belajar dengan tekun agar tidak meyesal di kemudian hari nanti, biarlah aku berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu bersennag senag kemudian. Aku terlelap di hadapan komputer riba aku.
Keesokan harinya. Balik sahaja dari sekolah aku terus ke perpustakaan. Sudah aku duga ,Arman tidak ada di situ, aku masuk dan terus mengambil tempat duduk. Selang 5 minit kemudian,Arman datang beriringan dengan cikgu Mas.
‘’Awal sampai’’ sengaja aku menyindir arman.
‘’khairul, cikgu yang suruh arman tolong cikgu tadi,bukan salah dia’’beritahu cikgu mas.
‘’haihhhhh ‘’ arman memandang aku dengan senyuman sinis mengejek aku.
Arman mengambil tempat di sebelah aku. Walaupun aku tidak selesa , namun aku membiasakan juga. Dahulu pun kami selalu duduk bersebelahan. Mungkin kerana sudah lama tidak bertegur, timbul suasana kurang selesa antara kami. Sedang aku menulis nota, tiba tiba Arman menegur aku,
‘’Eh khairul, kenapa kau tulis pakai banyak banyak warna?’’tanya arman.
‘’oh, warna ni boleh merangsang otak’’ jawab aku
‘’tetapi memandangkan kau ni tak ada otak , kau tak boleh merangsang.HAHA’’ sambung aku .
‘’cis ! tak guna kau’’ balas aiman marah tetapi gelak.
Kami bergelak ketawa di situ. Hanya tinggal satu minggu lagi sebelum peperiksaan SPM bermula , perasaan takut mula menyelubungi diri aku.  Setiap usahan yang aku lakukan aku iringi dengan doa ,sekarang terpulang pada ALLAH untuk menentukan samada aku berjaya atau tidak di dewan peperiksaan nanti. Namun, dengan berbekalkan segunung azam aku yakin aku pasti boleh……

3 BULAN BERLALU
Balik sahaja aku dari PLKN , keesokan harinya aku akan terus mengambil keputusan SPM. Perasaan takut dan berdebar menghantui diri aku. Sepanjang malam aku beroda agar aku mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan rakan rakan aku dan guru guru aku.
Keesokan paginya , aku terus bersiap untuk  ke sekolah mengambi keputusan SPM. Masuk sahaja aku ke dewan besar, aku lihat ramai kawan aku yang lain. Lain sungguh penampilan mereka. Ada yang sudah berkerja, ada yang masih menganggur dan ada juga yang baru balik dari melancong. Tiba sahaja Pengetua mengumumkan keputusan. Jantung aku mula berdebar,adakah aku akan mendapat keputusan yang cemerlang ?
‘’abang , mari masuk makan malam’’ panggil seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an
‘’baiklah, abang datang’’
‘’mia makan sekali’’ panggil aku
‘’baik ayah’’
Saat aku duduk di meja makan. Memandang anak dan isteriku ,teringat pula zaman persekolahan. Tak dapat aku lupakan bagaimana aku melompat gembira naik ke atas pentas saat nama aku diumumkan oleh pengetua sebagai salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Gembira bukan kepalang lagi. Dan waktu ketika aku di sekolah ,suasana ketika belajar di dalam kelas, bercakap dengan kawan kawan kelas aku dan guru guru yang mengajar aku sungguh aku rindui saat itu. Berkahwin, mempunyai anak , pertemuan dan perpisahan, itu semua boleh terjadi berkali kali. Tetapi alam persekolahan datang hanya sekali. Tidak kira walau hebat atau tidak, itulah memori pahit dan manis yang akan kekal buat selama-lamanya …

*RINGGGG *RINGGGGG
KELAS TAMAT , BERSURAI

Wednesday, July 13, 2011

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

hey korang . check it out , semalam aku try check dekat laman web khidmat negara . guess what ? aku terpilih untuk ke PLKN :D yeahhh ! mesti best ni . haha . bertuah gila aku .

doakan aku dapat kat sabah eh :)

Saturday, July 02, 2011

kotak mainan kenangan zaman kegemilangan masa kecik kecik dulu :D

ehemmm ehemmm :) lama tak update blog . ini semua B punya pasal lah -.- nak tahu B tu apa ? ''BUSY'' .haaaa . tanpa buang masa , aku nak menerbalikkan eh silap, mengembalikan nos-tal-gia zaman masa aku kecik kecik dulu . okayyy , korang pernah dengar tak mainan dalam kotak ? alaaaa , macam ''DING DANG'' ''TORA'' or ''JOJO'' 0.o pelik kan ? HAHA . aku pun pelik , sedap lagi nama aku kalau nak dibandingkan dengan nama kotak mainan ni ,. HAHA . kidding je . kalau korang ni biasa melepet depan t.v je , mesti korang pernah nampak iklan kotak mainan ni , contohnya ''TORA DATANG LAGI ... DENGAN TALI PINGGANG BERLUBANG'' haaa , lebih kurang lah , pastu ada budak budak main mainan tu .HAHA. well , zaman dah berubah , mana ada lagi budak budak beli supermarket mintak''amoi , tora ada tak ?'' jarang punya , budak budak nowdays paling tak pun pegang PSP , FIXIE , paling sengkek pun i-phone 0.o .wuishhhh . tapi kalau difikirkan itu semua kenangan , tak ada dulu , takkan wujud sekarang :D

mainan ni paling murah ah , RM 1.00 kalau tak silap aku , dalam dia mainan kecik yang kecik and biskut bola coklat yang rasa coklat.

haaaa , ni lagi murah , 50 sen kot , kalau korang tengok maskot dia ni macam doraemon , tapi versi malaysia punya lah . HAHA

haaa , yang ni pulak jojo , aku tak faham betul , mana lah dia dapat nama untuk mainan ni ,haha , banyak banyak kotak mainan , ni lah yang paling mahal , sebab besar , harga dia RM 2.00 .kira ni lagi UP lah dari ding dang dgn taro :D



p/s : kotak mainan ni kalau difikirkan best jugak sebab ada surprise dalam dia , 





Tuesday, May 31, 2011

DESA WATER PARK and . aku dapat jumpa SUJU kat HARI BELIA ,PUTRAJAYA :D koranggggg ???

hello guys :D kalau korang baca tajuk kat atas tu pun dah menyirap kan ? hehe . nah aku bagi air sirap . chillex chillex . sabtu lepas memang jadual yang tight lah bagi aku ( kononnya ) pagi , tempat kerja kakak aku BSN(bank simpanan nasional, menabung lah di sini :D ) buat FAMILY DAY dekat DESA WATER PARK :O bagus betul tempat kerja kakak aku ni , tahun lepas , buat kat darat , tahun ni buat kat air , agak agak tahun depan buat kat langit pulak XD haha . mana tahu beb :) memang penat  .haaaa , best la , ada NABIL and SHARIFAH SHAHIRA jadi pengacara :D wuhuuuuuuu , and beberapa artis lain buat persembahan macam HAFIZ , MILA , dan BLACK . mandi sakan aku :D HAHA . nahhh . layan lah gambar gambar ni :
HAHA . aku muka malas sebab dah penat XD

heeeeeeeeeeeeee :P


OPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP !! nanti dulu , lepas je aku balik dari DWP tu , pukul 5 terus pergi teman kakak aku pergi putrajaya -.- tak ke penat tu . HAHA . tapi nasib baik ada SUPER JUNIOR :D haha . penat wooo , balik pukul 1 =.= pergghhhhh ! memang ramai ah datang , memang datang semata mata nak tengok SUJU je lah . haaha . tgk la gambar gambar yang aku snap ni ni :)

SUPER JUNIOR M

haaaa , belakang tu aku :O

well , hari tu adalah hari yang sangat penat , tapi besttttt :D okay . sekian ! adios !!

p/s : tertidur dalam kereta , tergolek golek macam ayam golek =.=







Friday, May 27, 2011

SAMBUTAN HARI GURU SJI :D SANGAT MERIAH !!!!

selamat hari guru ! selamat hari guru ! selamat hari guru ! today memang best :D siapa tak datang sekolah tadi memang rugi la woi !!! HAHA  . sambutan hari guru yang sangat meriah :) well , ini lah sambutan hari guru aku yang terakhir bersama rakan rakan sebab tahu ni final year . so akan rindu lah suasana macam ni , so memang happening and menggila lah tadi .haaaaaaaaa , yang paling best persembahan dari penyelia F5 , MR.CK CHAN :D tarian nya yang begitu HOT dan BERTENAGA bersama dengan murid murid . yeahhhhhhhhh :D
terbaik wooo ! and NYANYIAN jugak best woooo :o LAYAN beb ! and yang hampeh , duet acting lah . HAHA .memang kena boo ah tadi :D haha . ohh ya , ada gak jamuan tadi , hehe , memang banyak lah makanan tadi :p ,tapi nasib baik IZHAR dari 5H offer kieorang (budak budak terbiar 5N :p ) JOIN DE' CLUB makan sekali . HAHA . terbaik ! terbaik ! well , apa apa pun , ni sambutan hari guru yang terakhir bagi aku and aku akan rindu lagi majlis ni :'( hmmmmmm . guysssss <3

p/s : selamat hari guru :) and happy holiday !

Tuesday, May 24, 2011

5 PERKARA YANG AKAN KITA BUAT SEBELUM DAN SELEPAS EXAM :D

yang tadi tu SEMASA , haaaaa yang ni pulak SEBELUM dan SELEPAS, heh , macam macam ragam ada . HAHA

PERKARA 1(sebelum)
-budak yang paling malas dalam kelas , tiba tiba jadi rajin . :o bawak buku bukan main banyak lagi nak baca , sempat ke ??? alahai ~

PERKARA 2(sebelum)
-member member kita akan bawak buku yang kita pernah nampak dia bawak time sekolah . haaaa , tebal pulak tu . HAHA

PERKARA 3(selepas)
-sibuk ke hulu ke hilir , tanya kawan , ''wei , senang tak tadi ? aku dah baca ohh , tapi lupa'' ATAU ''aku dah agak dah keluar soalan tu'' 

PERKARA 4(selepas)
-kalau contoh lah dah lepas exam subjek BM . then jumpa cikgu BM pastu cakap ''cikguuuuuu soalan susah lahhhhh ''

PERKARA 5(selepas)
- chek balik kertas soalan , bandingkan dengan kertas soalan member member lain .HAHA

p/s : 70 peratus tepat !

5 PERKARA WAJIB YANG KITA BUAT SEMASA PEPERIKSAAN

masa exam ... heh , korang suka ke ? jangan tipu lah, HAHA . melalui pemerhatian aku sebagai pelajar , aku mendapati bahawa ada 5 perkara wajib yang kita akan buat masa exam . tengok la :D

PERKARA 1
- buat bunyi pelik sebab dah bosan sangat.Kadang kadang kita mesti ada dengar member member buat bunyi pelik masa exam . samada bosan sangat atau tak tahu jawapan untuk soalan tu ,tu pasal lah jadi sewel sekejap buat bunyi bunyi pelik .HAHA

PERKARA 2
-tengok tengok sekeliling , kot kot ada jawapan ke kat dinding ke , lantai ke .muka cikgu ke . haaaaaaaaaa

PERKARA 3
-tanya kawan sebelah ''wei , susah tak ??'' ''wei , dah siap ??'' ''wei , aku tak faham doo'' errrrrrr , apahal ni ?

PERKARA 4
- buat buat jatuhkan pen , alahaiii ~ apa motif ? dengan harapan cikgu tu akan kutipkan , HAHA . maaf maaf maaf !

PERKARA 5
-letak kepala di atas meja dan tidur :D

p/s : kan kan kan ? :D

Thursday, May 19, 2011

AMOI ~ PENERANGAN ITU BIAR JELAS -.-

Tadi , masa aku jalan dekat area masjid jamek ,ada seorang amoi ni menghampiri aku , dan ini dialog antara aku dan amoi tu :

watak-watak
aku : berusia 17 tahun
      : muda dan kacak
      :comel 
HAHA
amoi : muda
        :pakai spek
        :pakai beg
        : pegang borang apa ntah untuk di isi

amoi : ''excuse me, can you help me support my project ?''
aku: ''what is this ?'' (muka separa serius)
amoi: ''this is a bla bla bla bla ...'' 
aku: (merenung borang tu dan tak paham langsung apa amoi tu cakap)
amoi : ''so you need to write down your name , age and hometown ,okay :)''
aku : (ikut je arahan tu memandangkan senang) ''errrrr , whats is this again ?''
amoi: ''so you can give a point like 20 30 40 or 50 , this is a handmade product bla bla bla bla'' (panjang gak lah dia cakap ,ada gak sampai aku teridur )
aku : (dengar je dia cakap ,tapi fikiran aku merewang apa yang kakak aku masak kat rumah nanti , sebab aku tak paham apa dia cakap) ''errr , i need to buy this ?  i dont have money ''(sambil hentak hentak kaki)
amoi : ''ATM kat bawah je :)'' (sambil buat muka berharap aku akan bagi -.- )
aku : ''tak ada duit :D''  (cakap dgn nada yang bangga )
amoi : ''ohhhhh , okay , thank you'' (muka frust)

teruskan perjalanan macam biasa .....

p/s : masih tak faham

        

Saturday, May 14, 2011

i want this :(






p/s : menyesal nya baca buku tuuuuuuuu :(((

TOP 8 KOMIK YANG AKU SUKA BACA :D

hai korang , hari ahad yang sangat malas ni aku nak kupaskan dan reveal'kan , satu isu iaitu komik yang aku suka baca . haaaaaa , layan ~

TEMPAT KE-8....
-MAJALAH GEMPAK STARZ-
haaaa , ni sebenarnya bukan komik , tapi majalah , but still aku anggap dia komik , hah , pedulik apa aku ! haha , ada aku kisah ? haha. komik ni aku start baca masa zaman zaman sekolah rendah :D rinduuu ~



TEMPAT KE-7
-MAJALAH UJANG-
well , ni pun sebenarnya majalah gak , tapi aku pedulik apa !haha , aku still anggap komik . hmmm , komik ni mmg best , aku baca masa zaman kecik kecik dulu . balik sekolah singgah kedai mamak , ''ane , majalah ujang ada ?'' HAHA .

TEMPAT KE-6
-LAWAK SELEB-
well , at first bila aku beli komik ni , aku baca , aku merasakan bahawa aku tak faham langsung bila baca 5 muka surat pertama, tapi , lama kelamaan aku mulai faham dan terhibur dgn lawak nya . but , aku still ter'ask-ask , kenapa tajuknya lawak ''seleb'' ? apakah itu seleb ? adakah sebiji laici ? hmmmm


TEMPAT KE-5
-GENGKEY-

haaaa , ni pun ''feberet'' jugak ni amd aku ada kat rumah sama macam ni , exactly the same :D but jarang oh jual :( hmmmm mana ? mana ? mana dijual ?


TEMPAT KE-4
-UNDER 18 NO FEAR/FEAR NO MORE/END OF FEAR-
woooo , nampak garang kan ? hehe . haaaa , komik ni pasal 2 budak sekolah yang perangai gangster habis , tapi baik , bak kata orang , dalam hati ada taman ~ :D hehe . komik ni ada 3 series . macam dalam tajuk tu , and ending dia sedih :(


TEMPAT KE-3
-LAWAK KAMPUS-
HAAAA , komik ni pun aku paling suka :D cerita dia best :D komik ni '' komik 4 petak'' haaa , maknanya ada banyak cerita . best ooooo :o HAHA .


TEMPAT KE-2
-CRAYON SHIN CHAN-
haaa , komik ni paling aku suka :D sangat ~ cerita pasal shin chan, masao , kazama, nini , dan juga boo . lawak dan aksi aksi deorang ni lah yang membuatkan aku gelak bila baca komik ni . haaa . kenangan :) lama dah tak baca :') nanti nak beli lah :D


TEMPAT PERTAMA !
-IKHTIAR HIDUP-
HAAAA , Ni sumpah best , dia macam lain dari yang lain . dia cerita about komik sains fiksyen , contoh lah kalau kita tersesat dalam hutan , dia akan cerita apa yang kita kena buat dalam bentuk komik :D haaa , best , ada byk lagi series seperti IKHTIAR HIDUP DI PULAU TANDUS, IKHTIAR HIDUP DI LAUTAN BERGELORA and banyak lagi la . beli lah sekarang ! :D


THE BEST OF THE BEST !
-DORAEMON -
haaaa , aku sayang doraemon :') HAHA . ni lah komik yang aku baca dari kecik sampai besar , even kat t.v pun aku tgk :D dulu masa sekolah rendah aku ada lah kumpul dari volume 1 samapai 45 :D dia pasal kucing ajaib yang dtg dari abad-20 , canggih ~ HAHA .


BEST OF THE BEST
-DETECTIVE CONAN-
komik ni pasal dunia detective dan jenayah . komik ni sangat mencabar minda :D aku baca pun berdebar dan tertunggu tunggu apa aksi seterusnya . haaaa . tabik lah kepada pelukisnya yang banyak idea dan cerita cerita yang menarik :D 

p/s: semuanyaaaa best :D

Monday, May 09, 2011

JUARA e-PPDa jatuh kepada SMK ST.JOHN :D

alhamdulillah :D pada hari rabu yang lepas 4 mei 2011 bertempat di smk wangsamaju seksyen 5 . berlangsung nya karnival pencegahan anti dadah dan aku mengambil bahagian dalam e-PPDa bersama luqman hakim dan hafizuddin . persaingan memang sengit :) tapi kalau dah nak jadi juara tu , tetap juara lah .hehe . ini kali pertama aku masuk , and alhamdulillah , tak sangka boleh jadi juara . wuhuuuuu ~ memang rezeki lah . bukan dah tuah ayam dah , tapi hang tuah dah :D haha . well , lepas ni akan wakil zon keramat untuk peringkat negeri pula :) doakan yeeeee :D

p/s : mesti buat yang terbaik !!!!!

Thursday, May 05, 2011

apa jadi ?? :o

haha , hello korang , dah lama aku tak update blog ni :( nak tahu kenapa ? sebab aku tak lepas bayar broadband bulan lepas :D haha ! haaa . aku akan ceritakan sedikit sebanyak perkara yang berlaku sepanjang aku tak update blog ni :) akan bersambung :)

p/s: saya demam :(

Wednesday, April 27, 2011

SMK ST.JOHN OFFICIAL BLOG :D

hello korang , assalamualaikum :) tak ada nak banyak cakap , okay , seperti yang korang tahu , smk st.john adalah tempat di mana aku belajar dan aku sungguh bangga menjadi salah satu daripada ''JOHANNIAN'' yang cemerlang . okay , and kalau korang nak tahu , SMK.ST JOHN dah ada blog :D , bangga tak ? bangga tak ? haaa , dengan adanya blog ni , pelajar pelajar ST.JOHN , guru guru , staff staff , mahupun bekas pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak perkara yang berlaku di st.john dan mungkin dapat mengimbas kembali kenangan ketika berada di alam persekolahan di SMK.ST JOHN . Blog ini telah diusahakan oleh seorang guru ''senior''  yang begitu berjasa pada st.john iaitu ''CIKGU RUBY'' dan dibantu oleh ''LUQMAN HAKEEM'' : D haaaa , kalau korang nak tahu lagi apa perkara perkara menarik yang berlaku di  ST.JOHN ringan ringan kan lah tangan tu untuk ke                              
                                                     
                                                     http://stjohninstitution.blogspot.com/
                                                     


p/s : apa lagi yee topik topik baru di blog 0.o 

Monday, April 25, 2011

lain macam 0.o

haih ~ pergi sekolah dah tak macam pergi sekolah . APA NI ! come on ! suasana dah lain macam , haih ,banyak betul conflict . disebabkan satu , dua pulak jadi nya , so 2+1 = 3 .haih ~ pening pening . rindu pulak kat suasana  dulu , kan bagus kalau masa dapat diputarkan . elok seperti sediakala , takkan jadi benda macam ni . tak apa . life goes on :D

p/s : hafal hafal storyboard :D

Saturday, April 23, 2011

LESEN LESEN !

yeahhhhh ! akhirnya , setelah 17 tahun aku hidup , ni lah saat nya , aku akan ambik lesen minggu depan , yippiiiii , lepas ni korang nak cari aku carik lah aku kat highway highway yang berdekatan , nanti korang aku nampak aku dengan ducati aku . haha ! 

p/s : lagi dua bulan nampak lah -.-

HAHA

kelakar betul . memang kelakar :D . okay , sukahati kau la yeeeeeeee :)

Wednesday, April 20, 2011

HARAP MAKLUM -.-

ehem ehem , ingin aku tegaskan di sini bahawa , jangan menuduh aku sebarangan , aku tak ada kena mengena pun and TIDAK SAMA SEKALI  mengambil pun barang tu ! jangan tuduh aku dengan tuduhan yang tak ber asas. sekian . wassalam .

p/s : lantak kalau terasa -.-

Friday, April 15, 2011

danceholic :D

dance dance dance * aku memang suka menari :) dah jatuh cinta pun awwww ~ haha . hmmm .aku memang suka menari :) menari ni melambangkan expression aku .bila marah , sedih , gembira .dan kalau aku tak mampu luahkan expression aku itu dengan kata kata , aku akan luahkannya melalui tarian . aku teringin sanagat nak menari dengan crew crew yang besar dan hebat yang dah ada nama . macam wakaka crew , HMC phlow , Floor Fever and macam macam lagi :) well , kalau tak usaha mana nak dapat semua tu kan . haaaa , insyaallah kalau dah rezeki and takdir aku , tak mustahil aku boleh lakukannya :) 

p/s : SHOWDOWN 2012 :D

cemburu :(

haih ~ cemburunya . okay bye

Thursday, April 14, 2011

tak apa :)

rilexx , kalah sekali tak bermakna kalah selamanya :) cuba lagi
yang paling penting ..... JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA !!! :D





Saturday, April 09, 2011

FINALLY ITS OVER :D

fuhhhh , ujibakat DIGI LIVE TOUR tadi akhirnya habis jugak , memang berdebar ada , gementar ada , tapi aku dan rakan rakan seperjuangan aku berjaya mengetepikan perasaan itu. WOW ! terbaik ah tadi perform , penat lelh kita practise akhirnya berbaloi juga . :) and thanks kepada kawan kawan aku yang datang support , aiman , harith , brandon , pachee , danial , asyraf , luqman , and kepada cikgu ruby dan che din juga hadir sokong QMC dan PERFECTION :) good luck guys , harap harap dapat ke peringkat seterusnya . nanti aku upload video , korang tgk lah :D

p/s: hehe , aku kena interview masa daftar tadi , hehe XD

Friday, April 08, 2011

jeng ! jeng ! jeng ! konsert XD

''ehhhhh , malam ni ke ? haaaa , sapa perform ? yuna , wondergirls ? lagi ? ohhhh , ada lagi . okay . pukul 8 nanti aku datang'' . hah ~ ni dialouge aku dengan kakak aku , dia ajak aku gi konsert kat KLCC . haaaaa , malasnya , haaa , tapi aku teman je lah . mana lah tahu aku dapat bergambar dengan kanchiks korea :D hahaha . okay . see you there : )

TOMORROW IS THE DAY :/

esok lah ! esok hari sabtu bersamaan 09 april 2011 .fuhhhhh kaget nya aku . esok ada audition DIGI LIVE TOUR SEKOLAH KU BERBAKAT , dekat ONE UTAMA , korang doakan aku tau agar aku dapat lepas stage ni and go to the next stage : ) aku harap penat lelah practise ni semua berbaloi . tapi , walau tak terpilih pun aku redha , kalah sekali tak bermakna kalah selama nya , and kalau menang itu rezeki : ) amin ~
korang datang tau esok ramai ramai support aku :D YEAHHHHHH !!!

p/s: bring it on !

Wednesday, April 06, 2011

HAHA .bukan sengaja

hai korang , ni aku nak bgtahu satu situasi ni yang berlaku kat dalam kelas .HAHA .Cerita dia bermula begini, aku dengan kawan aku bradd pit(nama tipu) ,duduk sebelah sebelah, cikgu kat depan bagi nota, masa tu subject kimia. aku pun salin lah nota tu. aku salin pakai pen warna warni , memang cantik betul lah aku tulis dan make up nota tu . hehe. nak dipendekkan cerita , kawan aku yang duduk sebelah tu,bradd pit(bukan nama betul) nampak aku tulis pakai pen warna warni , pastu terjadilah perbualan ini :

BP : wei , asal kau tulis warna warni ?
Aku: asal ?kajian mengatakan warna ni boleh merangsang otak kalau belajar,
BP: ohhhhhh i see ~
Aku: tapi memandangkan kau tak ada otak , kau tak boleh merangsang otak kau tu .HAHA
BP: *&()&#%

HAHA . memang kena maki hamun lah dengan kawan aku tu . bengang tak sudah . XD

p/s : sekian ~

Thursday, March 31, 2011

KEEP IT UP GUYS :D

yeahhhhh ! practise hari ni penat tapi memuaskan, haaaaa , bagus bagus , teruskan usaha dan kita akan menang DIGI . and terima kasih kepada ''CIKGU RUBY'' tolong kami sediakan tempat, kalau cikgu tak ada , merata rata lah kami practise agaknya :D hehe . haaaaaa penat penat , lps practise terus gi CBN tengok ashr and ars practise untuk AKADEMI FANTASIA(AF) untuk sabtu ni . zzzzzzz . good luck guys :D

p/s: practise makes perfect

Monday, March 28, 2011

Haaaaaaaaaaaa , cikgu , deorang dua buat :O

hai , HAHA . hari ni aku nak share satu kejadian aneh yang berlaku kat kelas aku . HAHA . kelakar siot ! CERMIN PECAH ! bukan 1 yang pecah , tapi 4 XD haha . cerita dia mcm ni , macha dua orang ni , rupaes(bukan nama betul) dengan thasswin(nama yang salah) bergelut apa ntah , then deorang berlaga kat tingkap . pastu apa lagi PRANGGGGGG ! bunyi kaca pecah jatuh , satu kelas kecoh (masa tu cikgu belum masuk kelas lagi) and kelas kelas sebelah pun datang menyaksikan kejadian tersebut . HAHA  . lawak habis , muka cuak je :D kalau nak diikutkan , kelas aku dah banyak kali cermin pecah , dah boleh menang award dah , ''kelas paling byk cermin pecah'' :D\


p/s : HAHA . kelakar gila !

Sunday, March 27, 2011

tak menjadi :'(

hai , hari ni aku cuba nak buat sushi , namun ................................. HAMPEH ! tak jadi , buat memang jadi , nak roll , sediakan bahan , tapi nasi tu yang tak masak sangat , haih , menyesal tak buat dengan kakak aku , haha , takpe ,janji sedap :D nyum nyum ~ lain kali nanti aku buat bagi sedap .HAHA . 

p/s : usaha usaha !

Saturday, March 26, 2011

ARGHHHHHHHH !!!

hai , nak tahu kenapa aku menjerit ? aku kehabisan idea nak choreograph ni ! aduhyai ! tolong derr , tolong . bagi lah aku step .  
5, 6 , 7 ,8 ~ 

p/s : need some step !

EARTH HOUR :D

GEDEGANG!! GEDEBANG !! aduhhhhh , haaaaa , hai korang , apa khabar ? sihat ? haaa , tadi masa aku nak on the way nak datang kat laptop ni , aku terhantuk kat dinding , haaa , yelah tak nampak kan , kan sekarang ni tengah EARTH HOUR . haaaaaa , ni haaa , nak bagitahu , masa aku tengah best online fesbuk , tiba tiba ''PLUP'' elektrik mati , 0.o aku fikir blackout rupa rupanya , kakak aku matikan suis utama , aku pun bertanya , ''mengapa kau begitu drastik mematikan suisnya ??? aku belum habis download cerita katun ni'' then aku aku menjawab ''sokonglah EARTH HOUR'' dan meninggalkan aku dalam kegelapan seorang diri . HAHA .
haaa , kalau korang nak tahu apa itu EARTH HOUR ? 


Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007  dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Menurut WWF Thailand, Bangkok mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt, dimana, satu jam, sama dengan 41.6 tonkarbon dioksida. Bangkok Post memberikan perbezaan rajah 165megawatt-jam dan 102 ton karbon dioksida
Di Dubai, dimana lampu luar dibeberapa bandar utama tanah besar telah dimatikan dan lampu jalan dikawasan terpilih telah dimalapkan sehingga 50%, Electricity and Water Authority melaporkan penjimatan 100 megawatt-jam penggunaan elektrik. Ini merupakan pengurangan 2.4% penggunaan elektrik dibandingkan jam sebelumnya.
KLCC before and after earth hour
Ireland, keseluruhannya, telah mengalami pengurangan dalam penggunaan elektrik, menggunakan 1.5% pada acara tersebut. Dalam masa tiga jam antara 6:30 petang dan 9:30 malam, telah berlaku pengurangan 50 megawatt, menjimatkan 150 megawatt-jam, atau sekitar 6 ton karbon dioksida.
seluruh negara juga terlibat dengan earth hour
Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali  menjadi jelas apabila menandatangani Protokol Kyoto bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air laut dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya menyedarkan manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan tenaga hijau dari sumber sepertitenaga angin, tenaga suria, atau tenaga nuklear, dan tidak menggunakan elektrik yang sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.

p/s: sedang menaip dalam kegelapan 0.o

Friday, March 18, 2011

Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim Ke-5

assalamualaikum korang . selamat pagi . aku baru bangun tidur ni . HAHA . ini lah first time aku update blog time pagi pagi pukul 11 ni(pagi lagi ke 0_o) okay , haaa , malam tadi korang tengok raja lawak tak ? aku tengok ;D overall memang best semua peserta mempamerkan persembahan yang bertenaga , tak menghampakan aku sebgai juri di rumah .opening memang kelakar habis lah , VT semua juri yang konon nya terlambat untuk datang ke raja lawak akhir .haha , yang paling best ialah ''DAVID TEO'' :D hehe .selain tu juga , lawak spontan gandingan dua pengacara yang terkenal ni iaitu ''JOHAN dan ZIZAN'' memang lawak habis lah .HAHA . pembukaan raja lawak persembahan deorang memang MANTOP ! haaa , ni haa klip video mereka :D

haaaa , minggu akhir ni mereka dapat 2 tugasan .tugasan 1 ''MUZIKAL KOMEDI'' tugasan kedua pula ialah ''BEBAS'' dan , persembahan pertama oleh kumpulan ''BALAS'' memnag tidak menghampakan . setiap minggu mendapat rating iaitu nombor 1 .persembahan mereka memang mantap , anak kelahiran pulau pinang ni memag tidak menghampakan .lawak yang cukup bersahaja dan original.Peserta kedua pula ialah satu satunya peserta solo iaitu ''MAN'' aku memang minat dengan lawak man ni , walaupun ada lawak nya yang diambil dari internet dan diubah , aku tetap gelak dengan teletah nya , dan persembahan kedua iaitu ''muzikal komedi'' man lah yang paling menyerlah sehingga mendapat ''STANDING OVATION'' dari juri :D wow ! dan yang akhir iaitu kumpulan ''R2'' kumpulan r2 ni memang best , lawak yang bersahaja dan selamba bagi aku lah (bagi korang entah la) dan menghiburkan , tak sia sia kalau datang ke ''PUSAT KONVOSYEN SHAH ALAM''

dan keputusan telah dibuat , dimana ''MAN'' telah dinobatkan sebagai JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE-5 ! Tempat kedua pula ialah kumpulan R2 dan tempat ketiga pula ialah kumpulan BALAS . TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta , kalah menang adat pertandingan dan jika menang adalah satu bonus :)
haaa , okay lah sampai sini je , aku nak pergi mandi jap , okay . cau !!

p/s: Tak sabar nak tunggu ''MAHARAJA LAWAK''

Tuesday, March 15, 2011

GEMPA BUMI DI JEPUN , AYUH ! RAKYAT MALAYSIA ! MAINKAN PERANAN ANDA !


kesan dari bencana alam yang berlaku di JEPUN 
assalamualaikum . apa khabar korang semua ? sihat ? tujuan aku tiba tiba nak tulis blog ni sebab aku tiba tiba jadi peka pada isu semasa yang terhangat sekarang iaitu gempa bumi di negara matahari terbit JEPUN.Seperti yang kita tahu , pada 11 mac yang lalu , seluruh rakyat malaysia malahan seluruh dunia di kejutkan dengan bencana alam yang terbesar abad ini.Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala ritcher :O wah , dan gempa ini juga dikatakan gempa bumi yang terbesar pernah melanda jepun.Bukan itu saja , malahan kesan daripada gempa bumi ini juga telah berlakunya TSUNAMI :O setinggi 10 METER : O dasyat ~ rumah rumah benyak musnah ekoran daripada kejadian gempa bumi ini . dan lebih menyayat hati, banyak nyawa telah diragut akibat dari fenomena bencana alam yang berlaku ini :'( ,kalau tak silap aku seramai 1000 orang ke atas dilaporkan telah maut , itu belum lagi bilangan yang belum dikenalpasti yang hilang . sumber aku cakap , bilangannya mungkin meningkat. Tetapi nasib negara Jepun ini tidak dibiar begitu sahaja , banyak pihak tampil khususnya dari negara serantau asia memberikan bantuan dan sumbangan yang boleh membantu meringankan beban kesusahan yang dialami negara Jepun , MALAYSIA juga tidak ketinggalan menghantar bantuan mencari dan menyelamat yang dikenalai sebagai SMART .pasukan SMART ini diberi tugas untuk membantu mencari mangsa yang hilang akibat dari bencana ini . berikut aku sertakan gambar gambar tentang apa yang berlaku di JEPUN

tsunami setinggi 10 meter .bayangkan betapa kemusnahan yang boleh
dilakukannya.

gempa bumi yang dasyat sehingga kereta ditimbus tanah .




BOOOOM  !!!
ohh yaa , aku nak ingatkan korang , 2 , 3 hari ni jangan lah main hujan sebab , sumber aku cakap , ada LOJI NUKLEAR yang meletup kat jepun . dan bahan radioaktif yang telah dikesan mengalir mengikuti asap dan disyaki merebak melalui hujan di MALAYSIA , walaupun kementerian di MALAYSIA mengeluarkan kenyataan bahawa kesan radiasi tu tak akan sampai ke MALAYSIA , kita harus lah mengambil langkah berjaga jaga , ye la kan , bak kata pepatah ''sediakan payung sebelum hujan'' .

Hmmm , kesan daripada bencana yang melanda jepun ni , aku dapat beberapa iktibar , contohnya , kalau ada orang dalam kesusahan harus lah tolong , kedua , kita harus bersyukur dengan negara yang aman damai yang kita duduki macam malaysia ni . walau apa pun , aku akan berdoa agar negara JEPUN ni akan pulih seperti biasa dan akan maju seperti dahulu :) okay . sampai sini je . adios : )

p/s : Bersyukur rasanya duduk di negara MALAYSIA yang aman dan harmoni :')

Monday, March 14, 2011

PETUA PETUA berguna !

ohh hye korang :D apa macam cuti ni ? okay ? dah buat apa apa aktiviti ke ?kerja sekolah dah buat ? baju sekolah dah check ? HAHA .dah macam mak korang lak .haaa.okay kali ni aku nak share satu petua ,eh dua la .okay tiga ,jap , aku nak share SEPULUH petua :D okay .

PETUA 1: Petua memanjangkan rambut dengan cepat .

serai keluaran kak limah , pasti balik rumah :D
-petua ni khas untuk PELAJAR sekolah sahaja.MENGAPA? sebabnya , kalau sekolah korang tu ada cikgu disiplin yang 25 jam asyik nak bawak gunting kat poket belakang dia , dan korang pun berambut panjang tahap gaban nya.maka disyorkan la menggunakan petua ni .

=ambil 5 batang serai , kalau nak lagi mujarab guna 10 lah .(tapi hasil nya tanggung sendiri) kemudian,TUMBUK , pakai tangan atau lesung batu , tapi jangan sampai hancur.kalau hancur buat balik .seterusnya,rebus kan ia sampai mendidih , sesudah selesai , biarkan ia sejuk dan kemudian siram di atas kepala.perapkan selama 5-10 minit.kemudian bilas.haaa , lakukannya 2 kali seminggu : )

-haaaa , lepas ni kalau cikgu disiplin korang tangkap korang dan gunting rambut korang , JANGAN RISAU ! gunakan petua di atas ni , esoknya cikgu disiplin tu akan heran dan seterusnya akan heran :D


PETUA 2: Melebatkan Rambut

-okay , haaa , hari ni petua kita pasal rambut, next petua untuk melebatkan rambut, okay , kepada korang yang selalu dibahan ''silau'' dan ''licin'' sudah tiba masanya untuk bertindak. amalkan petua seperti di bawah ini : ) selamat ,mencuba .

=Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya


-haaaaa , okay . insyaallah kalau menjadi petua ni , korang akan kembali kacak :D
HAHA .


okay setakat ni saja , aku akan update lagi petua petua pada masa akan datang :) cau !


p/s : ..........