 |
kesan dari bencana alam yang berlaku di JEPUN |
assalamualaikum . apa khabar korang semua ? sihat ? tujuan aku tiba tiba nak tulis blog ni sebab aku tiba tiba jadi peka pada isu semasa yang terhangat sekarang iaitu gempa bumi di negara matahari terbit JEPUN.Seperti yang kita tahu , pada
11 mac yang lalu , seluruh rakyat malaysia malahan seluruh dunia di kejutkan dengan bencana alam yang terbesar abad ini.
Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala ritcher :O wah , dan gempa ini juga dikatakan gempa bumi yang terbesar pernah melanda jepun.Bukan itu saja , malahan kesan daripada gempa bumi ini juga telah berlakunya
TSUNAMI :O setinggi 10 METER : O dasyat ~ rumah rumah benyak musnah ekoran daripada kejadian gempa bumi ini . dan lebih menyayat hati, banyak nyawa telah diragut akibat dari fenomena bencana alam yang berlaku ini :'( ,kalau tak silap aku seramai 1000 orang ke atas dilaporkan telah maut , itu belum lagi bilangan yang belum dikenalpasti yang hilang . sumber aku cakap , bilangannya mungkin meningkat. Tetapi nasib negara Jepun ini tidak dibiar begitu sahaja , banyak pihak tampil khususnya dari negara serantau asia memberikan bantuan dan sumbangan yang boleh membantu meringankan beban kesusahan yang dialami negara Jepun ,
MALAYSIA juga tidak ketinggalan menghantar bantuan mencari dan menyelamat yang dikenalai sebagai
SMART .pasukan
SMART ini diberi tugas untuk membantu mencari mangsa yang hilang akibat dari bencana ini . berikut aku sertakan gambar gambar tentang apa yang berlaku di
JEPUN
 |
tsunami setinggi 10 meter .bayangkan betapa kemusnahan yang boleh
dilakukannya. |
 |
gempa bumi yang dasyat sehingga kereta ditimbus tanah .
|
 |
BOOOOM !!! |
ohh yaa , aku nak ingatkan korang , 2 , 3 hari ni
jangan lah main hujan sebab , sumber aku cakap , ada
LOJI NUKLEAR yang meletup kat jepun . dan bahan radioaktif yang telah dikesan mengalir mengikuti asap dan disyaki merebak melalui hujan di
MALAYSIA , walaupun kementerian di
MALAYSIA mengeluarkan kenyataan bahawa kesan radiasi tu tak akan sampai ke
MALAYSIA , kita harus lah mengambil langkah berjaga jaga , ye la kan , bak kata pepatah
''sediakan payung sebelum hujan'' .
Hmmm , kesan daripada bencana yang melanda jepun ni , aku dapat beberapa iktibar , contohnya , kalau ada orang dalam kesusahan harus lah tolong , kedua , kita harus bersyukur dengan negara yang aman damai yang kita duduki macam malaysia ni . walau apa pun , aku akan berdoa agar negara
JEPUN ni akan pulih seperti biasa dan akan maju seperti dahulu :) okay . sampai sini je . adios : )
p/s : Bersyukur rasanya duduk di negara MALAYSIA yang aman dan harmoni :')
No comments:
Post a Comment