Nuffnang Ads

Thursday, March 31, 2011

KEEP IT UP GUYS :D

yeahhhhh ! practise hari ni penat tapi memuaskan, haaaaa , bagus bagus , teruskan usaha dan kita akan menang DIGI . and terima kasih kepada ''CIKGU RUBY'' tolong kami sediakan tempat, kalau cikgu tak ada , merata rata lah kami practise agaknya :D hehe . haaaaaa penat penat , lps practise terus gi CBN tengok ashr and ars practise untuk AKADEMI FANTASIA(AF) untuk sabtu ni . zzzzzzz . good luck guys :D

p/s: practise makes perfect

Monday, March 28, 2011

Haaaaaaaaaaaa , cikgu , deorang dua buat :O

hai , HAHA . hari ni aku nak share satu kejadian aneh yang berlaku kat kelas aku . HAHA . kelakar siot ! CERMIN PECAH ! bukan 1 yang pecah , tapi 4 XD haha . cerita dia mcm ni , macha dua orang ni , rupaes(bukan nama betul) dengan thasswin(nama yang salah) bergelut apa ntah , then deorang berlaga kat tingkap . pastu apa lagi PRANGGGGGG ! bunyi kaca pecah jatuh , satu kelas kecoh (masa tu cikgu belum masuk kelas lagi) and kelas kelas sebelah pun datang menyaksikan kejadian tersebut . HAHA  . lawak habis , muka cuak je :D kalau nak diikutkan , kelas aku dah banyak kali cermin pecah , dah boleh menang award dah , ''kelas paling byk cermin pecah'' :D\


p/s : HAHA . kelakar gila !

Sunday, March 27, 2011

tak menjadi :'(

hai , hari ni aku cuba nak buat sushi , namun ................................. HAMPEH ! tak jadi , buat memang jadi , nak roll , sediakan bahan , tapi nasi tu yang tak masak sangat , haih , menyesal tak buat dengan kakak aku , haha , takpe ,janji sedap :D nyum nyum ~ lain kali nanti aku buat bagi sedap .HAHA . 

p/s : usaha usaha !

Saturday, March 26, 2011

ARGHHHHHHHH !!!

hai , nak tahu kenapa aku menjerit ? aku kehabisan idea nak choreograph ni ! aduhyai ! tolong derr , tolong . bagi lah aku step .  
5, 6 , 7 ,8 ~ 

p/s : need some step !

EARTH HOUR :D

GEDEGANG!! GEDEBANG !! aduhhhhh , haaaaa , hai korang , apa khabar ? sihat ? haaa , tadi masa aku nak on the way nak datang kat laptop ni , aku terhantuk kat dinding , haaa , yelah tak nampak kan , kan sekarang ni tengah EARTH HOUR . haaaaaa , ni haaa , nak bagitahu , masa aku tengah best online fesbuk , tiba tiba ''PLUP'' elektrik mati , 0.o aku fikir blackout rupa rupanya , kakak aku matikan suis utama , aku pun bertanya , ''mengapa kau begitu drastik mematikan suisnya ??? aku belum habis download cerita katun ni'' then aku aku menjawab ''sokonglah EARTH HOUR'' dan meninggalkan aku dalam kegelapan seorang diri . HAHA .
haaa , kalau korang nak tahu apa itu EARTH HOUR ? 


Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007  dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Menurut WWF Thailand, Bangkok mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt, dimana, satu jam, sama dengan 41.6 tonkarbon dioksida. Bangkok Post memberikan perbezaan rajah 165megawatt-jam dan 102 ton karbon dioksida
Di Dubai, dimana lampu luar dibeberapa bandar utama tanah besar telah dimatikan dan lampu jalan dikawasan terpilih telah dimalapkan sehingga 50%, Electricity and Water Authority melaporkan penjimatan 100 megawatt-jam penggunaan elektrik. Ini merupakan pengurangan 2.4% penggunaan elektrik dibandingkan jam sebelumnya.
KLCC before and after earth hour
Ireland, keseluruhannya, telah mengalami pengurangan dalam penggunaan elektrik, menggunakan 1.5% pada acara tersebut. Dalam masa tiga jam antara 6:30 petang dan 9:30 malam, telah berlaku pengurangan 50 megawatt, menjimatkan 150 megawatt-jam, atau sekitar 6 ton karbon dioksida.
seluruh negara juga terlibat dengan earth hour
Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali  menjadi jelas apabila menandatangani Protokol Kyoto bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air laut dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya menyedarkan manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan tenaga hijau dari sumber sepertitenaga angin, tenaga suria, atau tenaga nuklear, dan tidak menggunakan elektrik yang sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.

p/s: sedang menaip dalam kegelapan 0.o

Friday, March 18, 2011

Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim Ke-5

assalamualaikum korang . selamat pagi . aku baru bangun tidur ni . HAHA . ini lah first time aku update blog time pagi pagi pukul 11 ni(pagi lagi ke 0_o) okay , haaa , malam tadi korang tengok raja lawak tak ? aku tengok ;D overall memang best semua peserta mempamerkan persembahan yang bertenaga , tak menghampakan aku sebgai juri di rumah .opening memang kelakar habis lah , VT semua juri yang konon nya terlambat untuk datang ke raja lawak akhir .haha , yang paling best ialah ''DAVID TEO'' :D hehe .selain tu juga , lawak spontan gandingan dua pengacara yang terkenal ni iaitu ''JOHAN dan ZIZAN'' memang lawak habis lah .HAHA . pembukaan raja lawak persembahan deorang memang MANTOP ! haaa , ni haa klip video mereka :D

haaaa , minggu akhir ni mereka dapat 2 tugasan .tugasan 1 ''MUZIKAL KOMEDI'' tugasan kedua pula ialah ''BEBAS'' dan , persembahan pertama oleh kumpulan ''BALAS'' memnag tidak menghampakan . setiap minggu mendapat rating iaitu nombor 1 .persembahan mereka memang mantap , anak kelahiran pulau pinang ni memag tidak menghampakan .lawak yang cukup bersahaja dan original.Peserta kedua pula ialah satu satunya peserta solo iaitu ''MAN'' aku memang minat dengan lawak man ni , walaupun ada lawak nya yang diambil dari internet dan diubah , aku tetap gelak dengan teletah nya , dan persembahan kedua iaitu ''muzikal komedi'' man lah yang paling menyerlah sehingga mendapat ''STANDING OVATION'' dari juri :D wow ! dan yang akhir iaitu kumpulan ''R2'' kumpulan r2 ni memang best , lawak yang bersahaja dan selamba bagi aku lah (bagi korang entah la) dan menghiburkan , tak sia sia kalau datang ke ''PUSAT KONVOSYEN SHAH ALAM''

dan keputusan telah dibuat , dimana ''MAN'' telah dinobatkan sebagai JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE-5 ! Tempat kedua pula ialah kumpulan R2 dan tempat ketiga pula ialah kumpulan BALAS . TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta , kalah menang adat pertandingan dan jika menang adalah satu bonus :)
haaa , okay lah sampai sini je , aku nak pergi mandi jap , okay . cau !!

p/s: Tak sabar nak tunggu ''MAHARAJA LAWAK''

Tuesday, March 15, 2011

GEMPA BUMI DI JEPUN , AYUH ! RAKYAT MALAYSIA ! MAINKAN PERANAN ANDA !


kesan dari bencana alam yang berlaku di JEPUN 
assalamualaikum . apa khabar korang semua ? sihat ? tujuan aku tiba tiba nak tulis blog ni sebab aku tiba tiba jadi peka pada isu semasa yang terhangat sekarang iaitu gempa bumi di negara matahari terbit JEPUN.Seperti yang kita tahu , pada 11 mac yang lalu , seluruh rakyat malaysia malahan seluruh dunia di kejutkan dengan bencana alam yang terbesar abad ini.Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala ritcher :O wah , dan gempa ini juga dikatakan gempa bumi yang terbesar pernah melanda jepun.Bukan itu saja , malahan kesan daripada gempa bumi ini juga telah berlakunya TSUNAMI :O setinggi 10 METER : O dasyat ~ rumah rumah benyak musnah ekoran daripada kejadian gempa bumi ini . dan lebih menyayat hati, banyak nyawa telah diragut akibat dari fenomena bencana alam yang berlaku ini :'( ,kalau tak silap aku seramai 1000 orang ke atas dilaporkan telah maut , itu belum lagi bilangan yang belum dikenalpasti yang hilang . sumber aku cakap , bilangannya mungkin meningkat. Tetapi nasib negara Jepun ini tidak dibiar begitu sahaja , banyak pihak tampil khususnya dari negara serantau asia memberikan bantuan dan sumbangan yang boleh membantu meringankan beban kesusahan yang dialami negara Jepun , MALAYSIA juga tidak ketinggalan menghantar bantuan mencari dan menyelamat yang dikenalai sebagai SMART .pasukan SMART ini diberi tugas untuk membantu mencari mangsa yang hilang akibat dari bencana ini . berikut aku sertakan gambar gambar tentang apa yang berlaku di JEPUN

tsunami setinggi 10 meter .bayangkan betapa kemusnahan yang boleh
dilakukannya.

gempa bumi yang dasyat sehingga kereta ditimbus tanah .




BOOOOM  !!!
ohh yaa , aku nak ingatkan korang , 2 , 3 hari ni jangan lah main hujan sebab , sumber aku cakap , ada LOJI NUKLEAR yang meletup kat jepun . dan bahan radioaktif yang telah dikesan mengalir mengikuti asap dan disyaki merebak melalui hujan di MALAYSIA , walaupun kementerian di MALAYSIA mengeluarkan kenyataan bahawa kesan radiasi tu tak akan sampai ke MALAYSIA , kita harus lah mengambil langkah berjaga jaga , ye la kan , bak kata pepatah ''sediakan payung sebelum hujan'' .

Hmmm , kesan daripada bencana yang melanda jepun ni , aku dapat beberapa iktibar , contohnya , kalau ada orang dalam kesusahan harus lah tolong , kedua , kita harus bersyukur dengan negara yang aman damai yang kita duduki macam malaysia ni . walau apa pun , aku akan berdoa agar negara JEPUN ni akan pulih seperti biasa dan akan maju seperti dahulu :) okay . sampai sini je . adios : )

p/s : Bersyukur rasanya duduk di negara MALAYSIA yang aman dan harmoni :')

Monday, March 14, 2011

PETUA PETUA berguna !

ohh hye korang :D apa macam cuti ni ? okay ? dah buat apa apa aktiviti ke ?kerja sekolah dah buat ? baju sekolah dah check ? HAHA .dah macam mak korang lak .haaa.okay kali ni aku nak share satu petua ,eh dua la .okay tiga ,jap , aku nak share SEPULUH petua :D okay .

PETUA 1: Petua memanjangkan rambut dengan cepat .

serai keluaran kak limah , pasti balik rumah :D
-petua ni khas untuk PELAJAR sekolah sahaja.MENGAPA? sebabnya , kalau sekolah korang tu ada cikgu disiplin yang 25 jam asyik nak bawak gunting kat poket belakang dia , dan korang pun berambut panjang tahap gaban nya.maka disyorkan la menggunakan petua ni .

=ambil 5 batang serai , kalau nak lagi mujarab guna 10 lah .(tapi hasil nya tanggung sendiri) kemudian,TUMBUK , pakai tangan atau lesung batu , tapi jangan sampai hancur.kalau hancur buat balik .seterusnya,rebus kan ia sampai mendidih , sesudah selesai , biarkan ia sejuk dan kemudian siram di atas kepala.perapkan selama 5-10 minit.kemudian bilas.haaa , lakukannya 2 kali seminggu : )

-haaaa , lepas ni kalau cikgu disiplin korang tangkap korang dan gunting rambut korang , JANGAN RISAU ! gunakan petua di atas ni , esoknya cikgu disiplin tu akan heran dan seterusnya akan heran :D


PETUA 2: Melebatkan Rambut

-okay , haaa , hari ni petua kita pasal rambut, next petua untuk melebatkan rambut, okay , kepada korang yang selalu dibahan ''silau'' dan ''licin'' sudah tiba masanya untuk bertindak. amalkan petua seperti di bawah ini : ) selamat ,mencuba .

=Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya


-haaaaa , okay . insyaallah kalau menjadi petua ni , korang akan kembali kacak :D
HAHA .


okay setakat ni saja , aku akan update lagi petua petua pada masa akan datang :) cau !


p/s : ..........

Friday, March 11, 2011

Away~

*ehem ehem,

saya sebagai seorang penggodam blog orang ingin memberitahu bahawa tuan empunya blog ini pulang ke halaman kampung nya dalam masa 2 hingga 3 hari :) empunya blog ini telah meninggalkan pesanan supaya anda sekalian sabar menanti kepulangan nya ya? hee

salam dari penggodam blog  

p/s: tiada apa yang perlu di-takut-kan. hee, jangan marahh :)

Wednesday, March 09, 2011

Merepek Session PART 2: tips penjagaan rumah semasa keluar bercuti

hye hye korang :D
apa khabar ? ingat lagi tak part 1 hari tu ? haaa , yang ni part 2 pulak . enjoy ~

apa khabar pembaca sekalian, bertemu kita lagi dalam ruangan ini , seperti ruangan minggu yang terlepas . saya telah dapat mengupas buah buahan tropikana berkenaan tips utk mendapatkan awek yg lawa, tip top dan WOW ! .saya , selaku warta yang bernama wan , dan jika digabungkan menjadi wartawan ingin meneruskan sesi ini. Baiklah ,tanpa membuang masa yang terbuang dgn faedah yg tiada lagi terbuang .berikut adalah tips utk menjaga rumah ketika keluar bercuti ke mana2 .

1) mangga atau kunci rumah anda , bkn dgn mangga buah, tetapi buah mangga .


2)tutup rumah anda dgn stok helaian surat khabar , dgn cara ini,tiada siapa yg akn nampak rumah anda.


3)ubah rumah anda menjadi keretapi atau kereta air . dgn cara ini ia akn memudahkan org awam utk ke mana2 .


5)sorok rumah anda di tempat yg sistematik seperti balai polis , rak kabinet daN ZOO NEGARA.


6)bye~.


p/s :HAHA :D

Merepek Session PART 1 : Tips Penjagaan Rumah

hye hye korang :D sihat ? aku harap sihat .haaaa kali ni aku nak menunjukkan kemerepekan aku dan ke entah apa apa an aku .HAHA. okay kali ni aku akan kenalkan sesi yang akan aku buat iaitu sesi merepek :D , dalam sesi ni aku akan merepek,so korang jangan lah marah atau menyampah dengan benda merepek yang aku nak bagi ni .


okay , tajuknya ialah:
kalau korang tak ikut tips ni , haaa , jadi macam ni lah nanti :D


berikut adalah tips penjagaan rumah anda supaya ia lebih tegas,adil dan amanah .

=setiap pagi sesudah anda bangun pagi ,cium lah rumah anda di setiap sudut sudut yg ada .ini akn membuatkan hubungan anda dan rumah anda bertambah erat dan dapat mengeratkan silaturrahim.

=pada waktu malam , selimutkan rumah anda .kerana jika rumah anda terlalu sejuk.dan apabila ia sejuk .maka ia akan demam dan anda terpakse bawa ke klinik .fikirkan kesusahan yang akan anda tanggung jika rumah anda demam.

=cat lah rumah anda. samada menggunakan cat atau water colour,dan poster colour .terpulang kpd hak individu dan selera masing masing .


sekian : )


p/s:merepek kan ? XD

Aku Mahukan Ini !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hye hye korang , bye bye korang . ohhhh sayangku ''KAWASAKI NINJA'' :D kau akan jadi milikku : D
kau milikku :D milikku :D
di mana ada kemahuan di situ ada highway :D Nantikan aku di highway
sana :D di sanaaaa ~ di sanaaa ~~
ohhh sayang :D TUNGGU la abang :D
p/s: aku tujukan pada motor tu , bukan kat gadis tu -__-


nanti kan kemunculan ku bersama sayangku ini :D


Sekian ~

p/s: aku nak motor ni , sapa boleh bagi ? 0_o
pastinya aku akan cuba dapatkan sendiri dengan hasil titik peluh ku : )
Doakan aku : )

Tuesday, March 08, 2011

Join Bloglist Ujang9897


ehem ehem ! Harap maaf , tujuan aku mengepost ni bukan lah untuk mempromosi mahupun membida motor klasik ni :D sebaliknya untuk megejoin benda ni HAHA .
tidak ku kira sudah tutup atau tidak, hendak juga aku menge-join nya. sesiapa yang mahu join juga sila la tekan ni --> Ujang Bloglist. Harap maklum :)

p/s: motor ni hanya hiasan semata-mata :D

Revolusi Tilam Dan Bantal !

assalamualaikum dan hye kepada pembaca blog ''A MAN TELL STORY'' ni . harap korang sihat : )
baiklah , kali ni ingin aku kongsi satu pengetahuan am yang menarik tertarik dan ditarik yaa , okay , kalau korang baca tajuk di atas ia mengenai ''REVOLUSI TILAM DAN BANTAL'' sebelum ni korang tahu tak apa tu tilam dan bantal , bukan kuih yang janda depan rumah tu jual , tilam ni kalau korang nak tahu cuba masuk bilik tidur pastu korang baring atas tilam,haaaa tu lah tilam.okay bantal pula ialah sejenis barang yang diguna kan untuk menyokong bahagian kepala ketika tidur.   
''tilam pasti tidur,anda pasti tidur''
yaa , dua benda ini sangat penting pada kita jika kita hendak tidur dan melepaskan penat.okay tanpa membuang masa lagi ,biar aku terangkan dulu pasal tilam.okay, tilam ni telah diguna pakai sejak dari ''Zaman Neolitik'' lagi . wahhhh :O lama tu ~ orang zaman batu dulu dia tidur sekadar menjadikan daun kayu dan rumput kering sebagai tilam dengan melonggokkannya di suatu tempat.Dan kemudian dengan peredaran masa,mereka sudah dapat berfikir nak buat tilam yang lebih kemas lagi dengan menjahit kulit haiwan dan memasukkan daun kering ke dalamnya dan terhasillah ''TILAM''.mengikut catatan kuno,tilam sudah mula digunakan di serata dunia sejak tahun 3000 sebelum Masihi(SM) lagi.Kemudian pada kurun ke-18,tilam moden seperti hari ini telah mula dicipta.Kemudian pada tahun 1850,katil besi mula dicipta sebagai tempat letak tilam.kalau korang nak tahu katil masih menjadi peralatan kedua tertua di dunia.


(bantal keluaran cap kaki monyet,belilah sekarang)
okay ni pasal bantal pula,bantal mula dikesan wujud ketika zaman Mesopotamia dan Mesir Kuno lagi.bentuk bantal ni di ilhamkan daripada bentuk haiwan,tumbuh tumbuhan malahan manusia.bantal yang lembut dikatakan mampu mengawal peredaran darah dengan baik dan menjadikan urat saraf tengkuk berada dalam keadaan selesa.




p/s: segala jenis produk dan gambaran di atas ini adalah dari sumber sumber yang disahkan halal oleh PETI AIS(pengguna tilam sedunia)

Monday, March 07, 2011

SUPER JUNIOR :D

assalamualaikum dan hye hye korang semua : ) sihat ? haaaa , sudah lama aku tak update blog , sebab busy lah kawan kawan(padahal tak ada idea XD ) HAHA. okay , tajuk kali ni maybe agak boring kepada korang yang tak minat ''SUJU'' ni tapi mungkin akan jadi menarik tertarik kau memang debabo ! kepada mereka yang fanatik pada group abang abang kacak korea ni iaitu SUPER JUNIOR atau lebih dikenali dengan panggilan SUJU : )
okay biar aku terangkan serba sedikit tentang sejarah ''SUJU'' ni . kumpulan suju ni mula popular di MALAYSIA sekitar tahun 2002.aku pun mula mula tak menyedari akan kewujudannya kat malaysia ni , tapi masa tahun 2009 aku mula terdengar lagu lagu rancaknya nya kat radio antara lagu hit nya ialah ''SORRY SORRY'' dan ''BONAMANA'' mula mula aku mana suka dengan suju ni tapi bak kata pepatah ''Tak kenal maka tak cinta'' suju ni boleh tahan lah pengaruh dia kat malaysia ni , haaaaa , korang yang fanatik sangat pasal ni haaaa jap aku nak makan : )



okey..kakak kepada tuan punye blog ni dipaksa utk menulis ape2 pasal tajuk kali ni..mula2 hamba xminat sgt korea ni..kwn hamba kat uitm yg bernama Fatin Norasihkin minat gila dgn kumpulan Suju ni hah..xhabes2 dgn Suju die sampai hamba marah beliau begini, "apebenda la kau ni..ape ntah yg best sgt dgn artis korea ni hah"..mmg gile bosan ar..tambah2 tok guru yg sgt mahir dgn artis2 korea ade jgk dlm kelas hamba..beliau bernama Farah Diana..same je 2 org ni..
lps tu satu hari kwn hamba tu suh hamba tgk MV korea..ok, tgh bosan, layan je la..sekali, hambek kau! terminat la plak..mula2 layan FT Island..vocalist die sgt hebat ok!


ni la die Ft Island yg sgt hamba suka <3


lepas beberapa ketika, minat plak dgn SNSD..mmg hamba bwk balik rumah la segala lagu, MV yg dicurik dr tok guru..hakhak..abeh satu rumah kena tempias korea hamba..gahaha..kemudian, laptop ni penuh dgn cerita2 korea, lagu2 xpayah ckp la kalo bole hamba nk beli lg 2,3 bijik hard disk..ayahanda plak da psg Beyond astro..mmg tgk channel 393,391 je la..

oh, lari tajuk plak..psl Suju yer..biggest boy band ever..the real fact is they are good looking and has their own style..hehehehe..their songs are very good and their dancing is very energetic and cool also 8)..they have this fans called as ELF which means EverLasting Friends..Super Junior once has said that they will be in the industry singing, performing and entertaining until there are no single ELF left..which mean that it will never happen kan..?



baiklah, sudah2 la hamba merepek di sini..sekian terima kasih..kembali kpd sri pentas..tamat~

"woi aku dah menaip kat blog kau ni ha!! ambik balik ni!" 



p/s:pui !! meh sini balik !
 aku tinggal sekejap je blog ni habis kakak aku punah ranah kan -.-
HAHA





Wednesday, March 02, 2011

Hishhhh ! Sikap Orang Kita !

hisshhh ! menyampah aku bengang aku ! eh eh , sorry tak perasan aku korang ada ,HAHA , okay , hello hello korang , haaaa , nak tahu kenapa aku marah sangat ? korang ada baca tak surat khabar bertarikh ''something january 2011'' di mana, tajuk muka depan nya ialah ''PESTA KUTIP DUIT SYILING DI kilometer 243 LEBUH-RAYA UTARA, seremban'' pernah ada terbaca tak ?accident melibatkan kereta pacuan roda 4 Toyota Hilux dengan lori bawak duit syiling sebanyak ''RM 75,000'' fuhhh ~ bayangkan duit tu semua habis dikutip orang selama tak kurang 3 jam je.pernah baca ? lain lah kalau korang ni ''ibarat katak bawah tempurung'' tak tahu berita semasa . hissshh , aku betul betul geram dengan sikap orang malaysia ni yang tak perihatin ,ada ke patut kutip duit tu , membahayakan nyawa dan keselamatan orang lain, dah lah kutip duit haram, eiiiii , tak terfikir ke deorang tu ? ulama pun ada sebut , duit yang deorang amik semua tu duit HARAM . tak sah ~

haaaa , kutip lah , kutip , memang bagus betul ! duit haram tu yang korang semua kutip tu !


haaaaa , kayo memang kayo , dosa pun kayo lah -.-

haaaaaa , ni ada lagi satu cerita , bulan lepas surat khabar bertarikh ''22 February 2011'' pesta lagi ~ haaaa , kalau tadi pesta kutip duit syiling ,ni pulak kutip ''BERAS'' apa punya batak lah mereka semua ini , kalau dah kutip duit HARAM , kutip beras ni pun lagi lah HARAM , lagi lagi beras yang kita ambik tu dimasak , dan seterusnya dimakan , dah la makan makanan dari sumber yang haram pulak tu bila masuk dalam badan kita terus tak jadi apa lah, haih ~ yang lagi aku kesal , pemandu lori yang bawa beras ni yang cedera boleh dibiarkan je , orang ramai yang lain sibuk nak kutip beras tu , bukan nak tolong . hisshh

haaaaa , kutip kutip : )


Ni pulak berita ''1 March 2011'' ''LORI SAMPAH accident dengan BAS'' habis sampah bertaburan , haaaaa , yang ni asal taknak berhenti dan kutip sampah sampah ni ? duit dengan beras nak pulak kutip , sampah taknak kutip ? HAHA.
Kesimpulannya di sini , kita kena lah beza kan yang mana satu halal dan yang mana satu haram , dan jangan lah ambik kesempatan atas sesuatu yang bukan hak kita okay :)
okay lah , harap anda semuia dapat ambil iktibar dari kes kes yang berlaku ni okay , jangan pisang berbuah dua kali dan kalau berbuah pun kita yang untung :) 
HAHA , okay lah , aku nak pergi kira duit syiling ni jap XD oppppp ! 0_o


p/s :HAHA , gurauan sahaja :D